Followers

Thursday, 28 July 2011

Durian

Saja nak buat entry ni sebab sekarang kan musim durian....



Saja nak kasi tau korang yang Hari ni aku makan durian kat Opis... Sorry lah sapa-sapa yang kat HQ tu cuma blh tengok guna CCTV ajer tapi x leh makan skali.... hahahah Sedap sedap sedap

Mia Kena Denda

Semalam lepas ambil Mia kat Taska dia terus mengadu yang dia kena denda sebab buat kawan dia.... tak tau kenapa sekarang ni Mia selalu buat hal... Bila salah sikit merajuk, bila tegur yang dia buat tu salah melawan, Asyik nak orang dengar cakap dia ajer tapi dia langsung tak nak dengar cakap Orang... Pastu malam masa main ngan adik dia Adam tah apa silap Adam tu digigit nyer... Cian Adam nangis tersedu-sedu kesakitan.... 

Pas bagi Adam tido Mama pun try pasang ni kot-kot lah esok Mia akan ingat




Wednesday, 27 July 2011

SAPA nak tangkap gambar kahwin di luar.. klik kat sini

SAPA nak tangkap gambar kahwin di luar.. klik kat sini

Ramadan month is coming up. Be generous by sending #CreativelyDesigned hampers! #MilkADeal

Ramadan month is coming up. Be generous by sending #CreativelyDesigned hampers! #MilkADeal

Get fuel efficient with #ProtonSagaFLX.

Get fuel efficient with #ProtonSagaFLX.

Catch Eason Chan this August! All the way from Hong Kong peeps! #TTEasonChan

Catch Eason Chan this August! All the way from Hong Kong peeps! #TTEasonChan

MAD MAD DEAL -

1) MAD - It's a saviour for your pretty face.


 

2)MAD - Bye acne, without breaking the bank.

 

 



.

4) MAD - And all-in-one beauty package.

 5) MAD - Best Combo: Facial treatment + body massag

 








Tuesday, 26 July 2011

21 pesanan Isteri Kepada Suami

***** Entry yang panjang berjela-jela.... KHAS BUAT LELAKI BERGELAR SUAMI


Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.
Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang.


Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suamidegil tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

*** DiCopy dari http://berita-harian-online.com/21-pesanan-isteri-untuk-suami/

Monday, 25 July 2011

Happy Besday ABAH

semalam sibuk sampai tak sempat nak citer apa yang jadi hari minggu hari tu.....

So hari ni lah saya citer.. Sabtu tu Abah ngan Mak datang petang dlm kul 2 lebih gitu.. aku tak masak apa-apa pun... sebab barang tak beli lagi.. dalam kul 5 lebih bari gi beli barang ngan YAN dia yang sponser semua barang sebab dia yang plan nak sambut hari lahir Abah kat rumah aku... so aku sebagai tuan rumah cuma disuruh masak... Aku cuma Masak Nasi Ayam dan Buat Air Anggur ajer dah lah... 

Masa tiup lilin bukan Abah yang tiup tapi Cucu-cucu nyer yang tiup... sonok ajer masa tu sebab lama dah lama  tak der celebrated besday sesapa...







ni lah Abah kesayangan Ku "SELAMAT HARI LAHIR ABAH, SEMOGA ADAH DIKURNIAKAN  KESIHATAN YNG BAIK SENTIASA" Aminnnnnn..............


Friday, 22 July 2011

Yun Nam Hair Care - Sorry

Dapat voucher ni gak can Cute Mum tapi rasa cam tak boleh nak gi sebab mak nak datang kejap lagi.... Sorry Yun Nam

Thursday, 21 July 2011

Blog walking

hari ni boring sebab tak der mood nak buat kerja-kerja kat opis ni... tak sabar dah nak tunggu mak nak datang esok.... 

Mak mertua pun may be datang gak sebab nak tengok My Biras yang baru bersalin.. cakap pasal My Biras semalam dah gi tengok dia cian kat dia baby dia kena tahan kat wad ICU sebab ada masalah pernafasan. Sesapa pun tak boleh tengk kecuali Mak & Ayah baby... dia kata wayar berselirat kat badan baby dia.. sedih ajer dengar kan... so jom kita sama-sama doakan baby tu cepat sembuh... aminnnnn

Ok sekarang masa untuk blog walking nak tengok blog-blog follower saya 

Ni lah jawapan kepada ;-


1) Anak perempuan korang yang baru berusia  2 3 tahun nak tolong korang kat dapur?
            bila time saya penat dan nak masak cepat-cepat saya jadi serabut.. so hari tu Mia 
            kata nak tolong saya pun buat tak dengar dan biar ajer apa dia nak buat... korang tau 
            tak apa dia buat???? dia kupas bawang merah sampai menangis.... cian lak tgk dia 
            then pastu terus dia tak ngacau dah bila saya kat dapur...

2) Anak anak korang nak sikatkan rambut korang?
            Mia ni perempuan so dia sangat suka make up... kalau dia tengok saya duduk tengok 
            tv dia mesti datang bawak sikat dan kata "mama, Mia nak gunting dan sikat rambut 
            mama boleh" wah masa ni rasa sonok sangat sebab ada org yang rajin nak buka salon 
            untuk saya... hahaha  
            Tapi jangan bagi Mia ni jumpa ngan bedak lau tak jadi cam ni



3) Anak korang sepah kan mainan bila korang dah kemas mainan2 tu....?
               ini perangai Mia yang sangat saya tak suka... dia kata nak main tapi tak main 
               pun bila saya kemas dia kata "Mia nak main lah" pastu di tuang semua mainan 
               dia yang ada dalam bakul tu... sungguh buat saya Marah & tension.... lepas ni saya 
               perlu bertegas dengan Mia agar dia jadi anak yang mendengar kata mama dan Papa


Apa korang akan buat bila....

Apa korang akan buat bila .....  

1) Anak perempuan korang yang baru berusia  2 3 tahun nak tolong korang kat dapur?

2) Anak anak korang nak sikat kan rambut korang?

3) Anak korang sepah kan mainan bila korang dah kemas mainan2 tu....?







sapa-sapa yang ada pengalaman tolong lah kongsi jawapan untuk soalan kat atas tu ...... sebab dah tak tau nak buat cam ner ngan Si Mia saya yang sangat rajin tu....

tahniah kepada Nurul Fariza

Lama dah tak updated blog.. sebab tak tahu nak tulis apa...

hari ni nak tulis pasal "My Biras "  Nurul Fariza sebab semalam dia dah selamat melahir baby gurl... tahniah yer dah dapat sepasang anak..... sorry tak sempat lagi nak datang tengok nnt petang rasa nye baru gi hospital harap-harap baby dah sihat sebab semalam dengar kakak ipar kata baby tu ada masalah pernafasan... 


**Gambar tu ambil kat yahoo... harap-harap baby Nurul Fariza dah sihat.... amin

Monday, 18 July 2011

Life is like a journey. We drive through humps, potholes, highways.. you name it. Find out how DJ Lin lead his life with #protonpersona

Life is like a journey. We drive through humps, potholes, highways.. you name it. Find out how DJ Lin lead his life with #protonpersona

Entry Ke-100

wah sungguh tak sangka rupa nyer dah entry yang ke-100 dah ni... kira nyer dah 100 perkara aku citer dalam ni... dan 100 citer yang  benar pasal kehidupan aku yang korang  baca... mesti korang rasa hidup aku ni membosankan kan...  aku rasa memang membosakan kan pun... aku x der kan nak ajak bersembang, x der kawan nak diajak shopping... hidup aku cuma gi kerja balik kerja dan layan kerenah anak-anak yang semakin membesar dan banyak kerenah...

tapi Alhamdulillah aku gembira bila aku start berblog APRIL 2011 aku ader tempat nak luah kan perasaan dan dapat gak blog ni jadi teman aku bila kau sunyi dan kebosanan di opis....

bila balik rumah pulak aku x sempat nak berblog sebab anak-anak kesayangan aku sentiasa ada ajer kerenah bila mama diorang ni start bukak laptop.... sorang nak tengok upin & ipin sorang nak menaip lah... mcm-mcm kerenah...

oklah thanks pada follower yang sanggup baca tulisan-tulisan aku yang may be bagi sesetengah orang ini hanya sampah tapi bagi aku ni  lah luahan hati aku.


*** ni lah gambar tuan blog yang tembam dan tak dapat terima yang muka nyer dah tembam... sebab tu tak der pun gambar tuan blog dalam blog ni.. maluuuuuuuuuuuuuu...

Sunday, 17 July 2011

bulan-bulan yang memeningkan

tak tau napa dari bulan April hingga sekarang ni duit yng dirolling untuk perbelanjaan rumah asyik tak cukup ajer... mana gi nyer duit duit ni? pening lah fikir pasal duit2 ni....


*** ya Allah Ya Tuhan ku kalau ini adalah dugaan mu untuk aku dan keluarga aku bersyukur kerana engkau mengingati kami... dan insyallah kami juga akan sentiasa mengingati mu... aminnnnn

Monday, 11 July 2011

Ada lagi Orang baik rupa nyer

rasa korang la aper citer yang berkaitan ngan tajuk kat atas tu???

semlm driver kat opis ni gi Bentong then on the way balik dia singgah kat R&R Maran masa tu lah wallet dia tercicir... yang buat aku risau sebab semua resit dan Kad minyak ada dalam wallet dia, aku jadi takut lah nanti apa nak cakap kat HQ opis aku ni... Driver tu lak risau lah sebab kena buat I/C baru, Lesen baru yer lah biasa lau hilang wallet memang jadi banyak masalah kan... Ok stop kat situ 

berbalik pada tajuk Entry ni.... then yang mengejutkan pagi ni Driver tu sms aku kata ada PAK CIK call dia kata jumpa wallet dia.... alhamdulillah PAK CIK tu pun pulangkan wallet dengan semua isi dalam wallet tu langsung tak terusik pun... cuma dia ada lah tengok resit yang ada tulis no Phone Driver that's why dia dapat nombor untuk call untuk pulangkan balik Wallet tu... Alhamdulillah ada lagi orang balik rupa nyer dalam dunia ni....

Pada pak cik tu terima kasih banyak-banyak sebab selamatkan aku dari kena bersoal jawab ngan HQ...

TERIMA KASIH

SMS Berantai

semalam saya dapat SMS ni dari seorang yang dikenali lah...

"SMS ini dikirim hanya pada wanita-wanita yang tersayang di bulan Syaban ini : Ya Allah, wanita yg membaca ini adalah wanita soleha yg cantik, kuat dan sabar. Sayasngi lah dia sertakasihanilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sihatkan badannya. Jika dia melangkah mudahkan langkahnya dan selamatkan dia. Aminnnnn

kirim kepada 9 org wanita yang kamu sayangi dan insyallah dalam 9 minit hidupmu akan bahagia, kerana 9 wanita itu juga mendoakanmu. aminnnnn



**** Apa yang akan anda buat bil dapat SMS mcm ni?
 ***** saya tak buat apa2 pun sebab semlm malas nak gi beli top up.. so pagi tulis dalam blog 

**best nyer kalau dapat handfone ni

Sunday, 10 July 2011

balik kampung


 hari sabtu dan Ahad yang baru lepas kitorang balik kampung kat Chini dah lama dah rasa nyer tak balik Chini.... punyer lah best sampai-sampai rumah mak hari tu diorang tengah siang Udang & ikan hasil Abah mancing kat sungai Pahang... wah rezeki yang sungguh tak disangka, lama dah tak makan Udang fresh hasil tangkapan Abah... Dulu masa saya sekolah menengah Abah selalu bawak kitorang 1 kuarga si mancing Udang la ikan lah punyer lah best zaman dulu dulu...... zaman kecil kecil dulu......

sekarang dah ada anak dah tak merasa dah nak buat semua tu

Thursday, 7 July 2011

Perbandingan Gambar


 ATAS ni gamabr Kakak Mia masa 8 bulan



Yang ni pulak gambar Adam masa 8 bulan gak


Kereta Goyang


Semlm gi bawak Mia ngan Adam gi pasar malam, ngan jalan-jalan kat ECM ingat nak beli pampers ngan susu diorang ni ajer almaklum lah kuar pun dah petang ingat nak gi kejap ajer tup tup jadi lama.... mana tak nyer "Mia nak gi main kereta goyang" kata Damia... nak tak nak ikut kan ajer la... cian Adam sampai tertidor tggu kakak siap main kete goyang....  

Tuesday, 5 July 2011

Mood - Sedih

tetiba lak rasa nak gi makan ngan En Roslan (My HB lah) tapi bila call dia kata "cibuk" ......
*** lama dah tak kuar makan ngan En Hb... isk isk isk isk

Monday, 4 July 2011

saya nak kurus....

cam ner yer..... rasa diri ini semakin montel dan montel dan montel.... ngan ketinggian 149cm ni sgguh takcantik.... aaaaaaaaarrrrrrrrrrrrggggggggggggg... cam ner ni......................


Sunday, 3 July 2011

Sabtu & Ahad

wah 2 hari yang memenatkan... bukan penat buat kerja pun tapi penat nak marah Mia ngan Adam yang tak reti nak duk diam.... agak nyer cam ner lah kalau aku ni duk rumah jadi surirumah sepenuh masa mesti aku kepenatan jaga dua orang budak ni.... mukadimah yang terlebih panjang................

cam ni cerita nyer : Sabtu tu aku dah siap gi antar anak gi taska tetiba ada mangga besar kat pintu taska rupa2 nyer taska tutup tanpa pemberitahuan terlebih dahulu... bengang giler lah aku... tapi bila dengar penjelasan tuan taska sejuk balik hati ni... dah 2 budak ni mana aku nak antar??/??.... apalagi terpaksa lah aku bawak gi opis dan tak sampai pun 1 jam duk opis keadaan kelam kabut... pening dah aku ni so aku pun decide cuti ajer lah hari ni... lau jaga kat rumah boleh nak menjerit ker nak marah ker orang tak nampak kan...

so cuti lah hari sabtu dan disambung ngan ahad yang memang dah cuti... aku rasa penat sangat ngantuk & semua ada...hujung minggu yang x der rehat.... 



*** Tahniah kepada surirumah2 sepenuh masa... anda semua memang penyabar......
     **********Sory kalau korang rasa entry ni merapa ajer... cuma untuk melepaskan tension 
                          yang bersarang dihati......

Friday, 1 July 2011

aLHAMDULILLAH Adam dah Sihat

semlm nak updated tapi tak boleh so hari ni lah baru updated citer pasal Adam...
dia dah x boleh duk diam... asyik nak memanjat ajer... hari rabu baru ni kepala di tersepit kat bawah meja sebab nak panjat dan berdiri kat meja tu kot tapi bila nak angkat kepala terhantok lah terus nangis... cian lak tgk masa tu tapi tak sempat nak ambil gambar.... 

Adam asyik nak suh orang heret dia berjalan lau kita dah start heret dia langsung x boleh duduk.. duduk ajer terus nangis.... dah banyak kerenah dah


ini lah full face adam yang dah nakal....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...