Followers

Tuesday, 26 April 2011

Demam Campak

Demam Campak

Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.


Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

 
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot


Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.

Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?


Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.

Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.

Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi.

Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Tonsil

** setelah search kat yahoo dapat lah sedikit info pasal Tonsil yg sedang dihidapi oleh my HB... thanks to this web site http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/TONSILITISkanak.php


Tonsilitis

Apa itu tonsil ?
 
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. 

Apa itu radangan tonsil ? 
 
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria. 

Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
 
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat
Dia akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak
Kelenjar tekak akan kelihatan
  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema
Acute tonsilitis
Acute tonsillitis
Bagaimana rawatan radang tonsil ?
 
Perawatan yang dapat membantu adalah
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
 
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
  • Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
  • Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
  • Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Termasuk :
  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.  
  •  
  • **** serius gak lah kira nyer penyakit tonsil ni..... kena bincang ngan suami ni suruh operated
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...