Followers

Tuesday, 29 May 2012

LANITA TRANSPORT

Apa korang akan buat bila seorang kawan kata "Guna lah lori ni untuk buat apa2 projek.... jaga lori ni macam harta sendiri.... nnt kalau dah ada untung kita bahagi 3 lah"

suami saya yang memang dah lama berangan nak ada lori sendiri jadi sangat xcited... round la cari projek sana projek sini sampai lah dapat 2 projek tetap yang agak menguntung kan.....

Dah 2 bulan jalankan dua dua projek ni suami saya pun buat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Maka pada 11.05.12 tertubuh lah LANITA TRANSPORT ni....

tapi langit tak selalu nye terang .... pada 14.05.12 si 'kawan' ni kata nak guna lori sekejap esok dia pulang semula sebab ada nak angkut barang..... tapi esok nyer dia tak pulang pun lori tu.., call tak angkat.... msg tak balas....

 suami saya mula rasa ada yang tak kena pergi lah jumpa si'Kawan' ini di rumah dia  rupa-rupa nya dia dikurung dirumah dan telephone diambil oleh si Isteri kerana dia dapat tangkap si 'Kawan' ini main kayu tiga.... langsung tak di beri si 'kawan' ni keluar dan kunci lori, kunci kereta diambil....

bila suami saya call langsung tak dijawab.... dah 2 minggu ni jenuh pusing cari lori ganti.... kontrak dah sign ngan 2 tempat ni so nak tak nak kena lah cari lori ganti.... sungguh pening kepala...... kelindan pun tak ada yang tetap lagi....


susah sungguh nak bangun kan sebuah syarikat ni rupa nyer...... pening pening pening

*** Ya Allah ya tuhan ku, kau kuatkan lah semangat kami, kau bukakan lah pintu rezekimu untuk kami dan berkatilah usaha kami ni....AMIN 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...