Followers

Wednesday, 18 May 2011

My Aisy First Teka Teki Giveaway


hari ni free sikit so nak try la contest yang terdapat kat kat sini.... ni yang first time sekali sapa-sapa yang nak try gak meh lah klik2 kat sini.... contest ni semperna anniversary tuan punyer blog.. so saya wish happy anniversary lah kat korang

jawapan saya ialah : jeng jeng jeng    RM 435.55

sapa sapa yang minat nak joint  sebelum 12.06.11 okey ...

KHAS UNTUK SURIRUMAH SEPENUH MASA.... SILA BERHATI-HATI

awaS awAS aWAS AWAS !!!!!!!!!!!!

AWAS - Lelaki menyamar jadi pekerja TNB


BANDAR PUTERI JAYA - Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.

"Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.

"Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa," katanya.

Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.

"Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan," katanya.

Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.

Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.

"Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.

"Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya," katanya.

Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
 

buzyy...

hujung minggu ni ada meeting kat HQ so aku lah orang paling sibuk kat opis ni.... semua document nak kena settle kan... so tak sempat nak updated blog.... ni pun tunggu anak tido baru update ni

tapi sempat gak petang tadi gi bank survey cara nak wat home loan.... mahal sungguh rate nak wat home loan... terutama  bagi aku yang beli rumah bawah 100k

RHB - 6.7%
Maybank - 6.6 %
BSN - murah tapi after 5 tahun jadi 6%
BIMB - 5.1% 

agak yer bank mana yang sesuai yek....tak per lah fikir dulu lah mana bank yang sesuai....

FIKIR FIKIR mana bank yang perlu di tuju??????????????????????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...