Followers

Monday 21 November 2011

Kembali Mula berkerja

Setelah 4 hari cuti sbab jaga Adam yang sakit akhir nya saya mula berkerja semula hari ni... Selasa (22.11.11) 
Adam Sakit Apa ??? Adam sakit ni Penyakit Tangan Kaki dan Mulut   

Cian dia sebab baru ajer pandai berjalan sendiri tetiba dapat sakit ni... mujur tak serius sangat sebab cepat bawak gi Klinik dan dijaga ngan rapi oleh Mama nyer... hihihihihihihi


Sekarang confirm lah dah sihat sebab dah boleh hantar pergi Taska semula....


tengok tu orang nak ambil gambar dia dia sibuk pulak nak tangkap kamara yang kita pegang.....

Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

 

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
  •  
  •  
  • *** Info dari ---> http://www.infosihat.gov.my

Berblog lah balik

hahahha suka suka sebab dapat dah berblog semula.... hari tu tak tau kenapa blog ni langsung tak boleh buka dari komputer office......kalau nak harap update blog guna laptop kat rumah tak sempat langsung asyik cbuk ngan Mia dan Adam... hari ni baru boleh buka semla blog dar opis..... so sekarang ada lah tempat nak bercerita.....   :))

Bola Bola Bola

sapa lah yang menang hari ni agak nye

lama nya tak update blog ni

Hari ni anak semua tdo awal so blh lah nak update blog sambil tengok bola......

Dah 4 hari tak pergi kerja sebab kena jaga Adam Yang kena kuarantin  sbb Sakit Kaki Tangan Dan mulut.... tapi korang jangan risau eSOK dah boleh gi kerja sbb semua dah sihat..... Adat lah kan ada anak kecil antar lak kat taska memang mudah dapat mcm2 sakit.....


Adam dah pandai jalan dia start jalan sendiri masa raya haji hari tu.....

Mia dah boleh Harap dah nak mintak tolong apa2 sikit2 boleh dah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...