Followers

Tuesday, 26 July 2011

21 pesanan Isteri Kepada Suami

***** Entry yang panjang berjela-jela.... KHAS BUAT LELAKI BERGELAR SUAMI


Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.
Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang.


Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suamidegil tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

*** DiCopy dari http://berita-harian-online.com/21-pesanan-isteri-untuk-suami/

Monday, 25 July 2011

Happy Besday ABAH

semalam sibuk sampai tak sempat nak citer apa yang jadi hari minggu hari tu.....

So hari ni lah saya citer.. Sabtu tu Abah ngan Mak datang petang dlm kul 2 lebih gitu.. aku tak masak apa-apa pun... sebab barang tak beli lagi.. dalam kul 5 lebih bari gi beli barang ngan YAN dia yang sponser semua barang sebab dia yang plan nak sambut hari lahir Abah kat rumah aku... so aku sebagai tuan rumah cuma disuruh masak... Aku cuma Masak Nasi Ayam dan Buat Air Anggur ajer dah lah... 

Masa tiup lilin bukan Abah yang tiup tapi Cucu-cucu nyer yang tiup... sonok ajer masa tu sebab lama dah lama  tak der celebrated besday sesapa...







ni lah Abah kesayangan Ku "SELAMAT HARI LAHIR ABAH, SEMOGA ADAH DIKURNIAKAN  KESIHATAN YNG BAIK SENTIASA" Aminnnnnn..............


Friday, 22 July 2011

Yun Nam Hair Care - Sorry

Dapat voucher ni gak can Cute Mum tapi rasa cam tak boleh nak gi sebab mak nak datang kejap lagi.... Sorry Yun Nam

Thursday, 21 July 2011

Blog walking

hari ni boring sebab tak der mood nak buat kerja-kerja kat opis ni... tak sabar dah nak tunggu mak nak datang esok.... 

Mak mertua pun may be datang gak sebab nak tengok My Biras yang baru bersalin.. cakap pasal My Biras semalam dah gi tengok dia cian kat dia baby dia kena tahan kat wad ICU sebab ada masalah pernafasan. Sesapa pun tak boleh tengk kecuali Mak & Ayah baby... dia kata wayar berselirat kat badan baby dia.. sedih ajer dengar kan... so jom kita sama-sama doakan baby tu cepat sembuh... aminnnnn

Ok sekarang masa untuk blog walking nak tengok blog-blog follower saya 

Ni lah jawapan kepada ;-


1) Anak perempuan korang yang baru berusia  2 3 tahun nak tolong korang kat dapur?
            bila time saya penat dan nak masak cepat-cepat saya jadi serabut.. so hari tu Mia 
            kata nak tolong saya pun buat tak dengar dan biar ajer apa dia nak buat... korang tau 
            tak apa dia buat???? dia kupas bawang merah sampai menangis.... cian lak tgk dia 
            then pastu terus dia tak ngacau dah bila saya kat dapur...

2) Anak anak korang nak sikatkan rambut korang?
            Mia ni perempuan so dia sangat suka make up... kalau dia tengok saya duduk tengok 
            tv dia mesti datang bawak sikat dan kata "mama, Mia nak gunting dan sikat rambut 
            mama boleh" wah masa ni rasa sonok sangat sebab ada org yang rajin nak buka salon 
            untuk saya... hahaha  
            Tapi jangan bagi Mia ni jumpa ngan bedak lau tak jadi cam ni



3) Anak korang sepah kan mainan bila korang dah kemas mainan2 tu....?
               ini perangai Mia yang sangat saya tak suka... dia kata nak main tapi tak main 
               pun bila saya kemas dia kata "Mia nak main lah" pastu di tuang semua mainan 
               dia yang ada dalam bakul tu... sungguh buat saya Marah & tension.... lepas ni saya 
               perlu bertegas dengan Mia agar dia jadi anak yang mendengar kata mama dan Papa


Apa korang akan buat bila....

Apa korang akan buat bila .....  

1) Anak perempuan korang yang baru berusia  2 3 tahun nak tolong korang kat dapur?

2) Anak anak korang nak sikat kan rambut korang?

3) Anak korang sepah kan mainan bila korang dah kemas mainan2 tu....?







sapa-sapa yang ada pengalaman tolong lah kongsi jawapan untuk soalan kat atas tu ...... sebab dah tak tau nak buat cam ner ngan Si Mia saya yang sangat rajin tu....

tahniah kepada Nurul Fariza

Lama dah tak updated blog.. sebab tak tahu nak tulis apa...

hari ni nak tulis pasal "My Biras "  Nurul Fariza sebab semalam dia dah selamat melahir baby gurl... tahniah yer dah dapat sepasang anak..... sorry tak sempat lagi nak datang tengok nnt petang rasa nye baru gi hospital harap-harap baby dah sihat sebab semalam dengar kakak ipar kata baby tu ada masalah pernafasan... 


**Gambar tu ambil kat yahoo... harap-harap baby Nurul Fariza dah sihat.... amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...