Followers

Sunday, 26 June 2011

ADam Lagi

Adam tah kenapa hari jumaat, Sabtu dan ahad baru ni kena cirit birit lak... alamak dah lah hari isnin nak kena bawak gi timbang... pening kepala mama fikir pasal budak sorang ni, pas satu sakit kena sakit lagi... 

Friday, 24 June 2011

Sabtu.... Mia & Adam

wah esok dah hari sabtu...!!! rasa cam cepat ajer masa berjalan.... dah abis 1 minggu bekerja.... sampai masa untuk anak2 pulak... best best best... MAMA  RINDU ADAMMIA.....

ni lah gambar mia & bedak nyer... dia ni pantang jumpa bedak mesti nak main... mesti nak sapu satu badan ngan bedak....

Thursday, 23 June 2011

EMAIL DUIT??????

EmailDuit ini merupakan satu program berbentuk affiliate di mana sesiapa sahaja boleh mendapat pendapatan hanya dengan menghantar e-mel sahaja (semudah itu!)

Ini adalah program Affiliate Email dapat duit PERTAMA DI MALAYSIA. Apa yang anda perlu lakukan, klik pada PAKEJ untuk melihat senarai komisyen & produk yang anda akan terima sebagai ahli percuma atau ahli BIZ (naik taraf). Untuk naik taraf keahlian sila klik pada NAIK TARAF . Pelbagai kelebihan menjadi ahli affiliate BIZ di samping anda akan menerima 3 ebook hebat tersebut secara percuma.

Sila gunakan LINK anda untuk tujuan promosi secara online. Sila hantar link tersebut kepada sebanyak mungkin e-mel untuk menjana pendapatan melalui e-mel. Selamat Berjaya! 

sapa yang berminat sila klik DISINI

Wednesday, 22 June 2011

lori opis rosak????

alamak time kerja berlambak cam ni lah lori nak rosak.... nak wat cam ner ni... dah la jauh kat kerteh..................



B.O.S.A.N

B.O.S.A.N  x tau nape hari ni can bosan sesangat.....x der moods nak buat apa2 termasuk ber GA & CONTEST....  dalam hati asyik fikir 'AKU MASAK TAK SEDAP KER?' sampai dia x makan pun semlm............ penak aku blk kerja terus masak kot2 dia lapar balik dari outstation... tapi nape dia tak makan pun?//?/  NAPE????

Monday, 20 June 2011

Adam Lagi

patut ker aku tukar ajer nama ADAN ni jadi 'AHMAD'???? 
aku penat lah Adam asyik mengamuk ajer... 
susah sangat nak tdo malam.... tdo sekejap...bangun sekejap..
demam sekejap... elok sekejap... 
hari tu pas jumpa doktor kulit dia semua dah lawa dah licin... 
sekarang jadi balik cam, dulu... merah sana merah sini... 
tah apa lah yang patut aku wat ngan Adam ni.....
hhhhhhhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh

ngantuk nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


semlm Adam gi potong rambut kat kedai so Adam dah botak cam ni  balik lah..... BDN still kecil cam masa baru lahir dulu.... x der perubahan pun

Ahad : 19.06.11

ni tarikh yang bersejarah.... 1 hari langsung tak kuar rumah walaupun cuti "AHAD".............

penat nyer lah jaga dua orang budak ni.... termasuk papa diorang yang sangat2 manjakan budak dua orang ni....


biasa hari ahad kitorang balik kampung samada belah HB kat Pekan atau belah saya kat Chini.... tapi minggu ni budjet dah lari then tak sempat nak kejar kena lah duk rumah... langsung tak kuar.....

Adam asyik meragam sebab dia tak sedap badan.... Mia lak biasa lah lau ade PAPA dia, memang lah dia jadi budak yang paling ngada-ngada... makan nak bersuap, baring nak beriba...  asyik berdukung ajer macam dia yang paling kecil kat rumah tu.....

Cam ner lah nak jadi ibu yang penyabar????? baru 1 hari duk melayan kerenah diorang aku dah pening.....  mencabar nyer lah tugas jaga anak ni..... AHAD YANG SUNGGUH MEMENATKAN.... walaupun can gitu aku sempat masak 'Nasi Ayam untuk raikan Hari Bapa Semalam'   :))

Friday, 17 June 2011

Adam

Petang semlm ambil Adam dari Taska diorang kata bdn Adam Suam ajer cam nak demam.....
Hingus pun meleleh ajer.. padahal baru 2 3 hari ni ajer yang hingus tu kering sekarang jadi lagi.... emmmmmmmmmmmm
malam pulak Adam meragam... kul 1 pagi bangun.... kul 3 pagi bangun..... merengek ajer... mama kasi makan ubat sikit baru tdo lena... sedar-sedar bangun dah kul 7.00 pagi papadah lewat nak gi kerja... sorry la papa mama x sedar langsung dah pagi....pagi ni antar gi taska pun menagis wat Mama berat hati nak tinggal
ni balik ni harap2 Adam dah ok lah... Sib baik semalam mia tak banyak ragam...Mama penat lah AdaMia.... 

esok Ahad harap-harap Mama boleh lah rehat sikit......

Adam baru 9 bulan...

Pening pening.... badan rasa dah tak larat dah, rehat pun tak cukup dah asyik sibuk ngan anak & keluarge ajer... tetiba HB lak cakap next besday nak baby lagi..... waaaaaaaaaaaaa nangis dah aku dengar...



Sapa boleh tolong cam ner nak jawab permintaan tu yek... sungguh menakut kan.....

Wednesday, 15 June 2011

**Dipetik dari Munnafendy-Gout & Arthiritis

Gout dan Arthiritis - nota ringkas untuk ayah

Dalam entry kerunsingan di awal bulan, aku ada meluahkan kerisauan tentang kesihatan ayah yang makin merosot sejak akhir-akhir ni. Ada sorang doktor tu pernah cakap ayah kena gout tapi bukan tahap yang kritikal. Kesian tengok ayah, nak tidur pun tak boleh, nak berjalan pun dah tak larat. Badan dah makin susut.

Bila berubat cara tradisional, ada yang kata dah terkena buatan orang. Aku pun tak faham. Macam-macam peel manusia. Kalau tak mendengki memang tak senang hidup agaknya. Tapi aku takda la nak percaya bulat-bulat. Duit pun dah beribu habis, tapi tak baik-baik jugak.

Baru-baru ni aku tengok kat Penawar Syifa, ada sorang pakcik tu kena gout dan arthiritis. Bila tengok pada simptom dan keadaan kaki dan tangan pakcik tu, macam sama dengan keadaan ayah. So, aku buat research dan banyakkan pembacaan tentang arthiritis dan gout, dan aku buat satu nota untuk ayah aku baca, mungkin boleh diamalkan. Tak mustahil boleh beransur-ansur elok kan.

Peringatan - Panduan yang aku buat ni khas untuk ayah aku, gabungan gout dan arthiritis. Kalau ada yang alami simptom yang sama, boleh lah cuba. kalau tetap tak elok atau makin teruk, jumpa la doktor ye....aku bukan doktor...

Punca
·   Kurang daya untuk menyokong berat badan. (berat badan berlebihan). Ini menyebabkan sendi tulang menjadi rapat dan menyebabkan geseran (punca sakit) – penyelesaian: kurangkan berat badan.
·   Kandungan urid acid yang berlebihan di bahagian sendi tulang. Penyelesaian banyakkan minum @ makan limau lelam/limau nipis/oren. Elakkan limau gedang.

Tanda –tanda
·        Sakit sendi – pergelangan tangan, kaki
·        Sendi bengkak dan berlaku perubahan (jari dan lutut menjadi bengkok)
·        Sendi kejang dan sakit apabila bergerak dan ditekan
·        Otot betis menjadi kecut


Risiko
·   Badan terlalu gemuk – kaki sudah tidak berupaya untuk menampung berat badan yang berlebihan.
·   Keturunan
·   Sendi terlebih guna –terlalu banyak melakukan  kerja berat

Langkah-langkah yang boleh diambil
·   Banyakkan pergerakan pada otot/sendi yang kurang bergerak. (alirkan perjalanan darah)- buat senaman ringan, tapi elakkan kerja berat.
·   Kurangkan berat badan. Kegemukan menyebabkan badan tidak berupaya untuk keluarkan acid uric secara semulajadi.

·        Jangan makan!
1.     Organ dalaman – hati, paru, otak
2.     Daging – daging kisar @ kiub daging @ apa-apa berunsur daging.
3.     Makanan bercangkerang – kerang, ketam, udang.
4.     Teh dan kopi jangan minum.

·        Boleh makan, tapi kurangkan,
1.     Apa-apa jenis kekacang.
2.     Bunga kobis, cendawan.
3.     Ayam daging.
4.     Roti

·        Banyakkan makan,
1.     Susu / yogurt (syorkan nestle bliss)
2.     Telur
3.     Sayuran hijau berdaun kecuali bayam.
4.     Soya
5.     Epal hijau.

·   Mandi air suam dan lap badan kering-kering sebelum pakai baju. (elakkan air sejuk@pek ais untuk legakan sakit.guna air suam).
·   Jangan mencangkung terlalu lama. Pilih tandas duduk.
·   Guna kasut yang bertapak lembut – untuk serap hentakan.
·   Banyakkan dan kerap minum air kosong – untuk bantu buah pinggang membuang toksid.
·   Jangan buat aktiviti yang beri tekanan pada sendi, jangan buat kerja-kerja berat.

Terapi
·        Rehat kalau penat, jangan teruskan kerja.
·        Selalu bertenang dan bersabar. Elakkan tekanan.

Amalkan
Untuk pesakit gout.
1.     Surah Anbiyaa (surah 21) – ayat 51 -72
2.     Surah Hud (surah 11) – ayat 46 – 53
3.     Surah An-Nahli (surah 16) – ayat 81 – 89
4.     Surah Qasas (surah 28) – ayat 61 – 75

Untuk sakit arthiritis – sendi tulang
1.     Surah Al-Ahqaaf (surah 46) – ayat 21-28
2.     Surah Adz-Dzariyat (surah 51) – ayat 31 – 60
3.     Surah Yunus (surah 10) – ayat  82-95
4.     Surah Qaff (surah 50) – ayat 16 – 45

Mengeluh

kenapa manusia suka mengeluh??? 



Sebelum Mengeluh Fikirkanlah

“Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. 

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


**dipetik dari http://mran3238.wordpress.com/2010/03/27/sebelum-mengeluh-fikirkanlah/

Tuesday, 14 June 2011

Kejutan manusia hijau

**sumber dari KOSMO


KETIGA-TIGA aktivis ini mengajak orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup vegetarian.


KETIKA waktu tengah hari, orang ramai pasti memilih untuk berdiam di dalam kawasan berhawa dingin ataupun mencari kawasan teduh bagi mengelak bahang matahari.
Bukit Bintang, Kuala Lumpur seperti hari- hari biasa tetap dibanjiri manusia. Derapan langkah orang ramai di situ kelihatan pantas kerana tidak tahan berlama-lama dalam suhu panas sebegitu.
Keadaan berbeza pula buat tiga manusia hijau yang tidak putus-putus mengedar risalah kepada orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.
Sambil memegang papan tanda bertulis Bertindak hijau! Menjadi vegan!, ketiga-tiga mereka yang mewarnakan tubuh badan dengan cat hijau turut melaung-laungkan slogan tersebut dalam bahasa Inggeris sambil melayan permintaan pengunjung untuk bergambar bersama.
Inisiatif Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) itu merupakan antara usaha mereka bagi menggalakkan manusia menjadi vegetarian dengan mengelakkan pengambilan daging haiwan sebagai juadah harian.
Pemimpin kempen tersebut, Ashley Fruno menjelaskan, selain daripada perubahan iklim, penggunaan tanah berlebihan serta pencemaran air dan udara, memakan daging haiwan juga mengundang malapetaka kepada bumi.
“Saya menjadi vegetarian sejak usia 13 tahun dan saya berharap lebih ramai orang memilih untuk menjadi vegetarian.
Kesan penternakan
“Kita tahu kebanyakan bencana alam yang terjadi hari ini sering dikaitkan dengan aktiviti manusia dalam pembangunan dan pengindustrian tetapi kajian oleh kebanyakan pertubuhan alam sekitar dunia menjumpai sesuatu di luar jangkaan.
“Pertubuhan seperti Institut Worldwatch, Kelab Sierra, Kesatuan Saintis Prihatin dan Al Gore’s Live Earth mengesahkan tahap kerosakan alam sekitar akibat penternakan haiwan lebih buruk berbanding aktiviti manusia yang lain,” jelasnya.
Selepas berkempen di Filipina, Australia dan Malaysia, aktivis itu akan berlegar-legar pula di ibu negara Indonesia dan Thailand pada pertengahan bulan ini.
Melihat Malaysia sebagai negara yang bersifat terbuka berkaitan perihal kemanusiaan, Ashley meluahkan rasa senangnya sepanjang melakukan kempen tersebut di negara ini yang turut diadakan di Batu Pahat, Johor.
Tidak berdepan cabaran besar seperti yang dialami di beberapa negara lain, reaksi positif masyarakat Malaysia terhadap kempen tersebut melegakannya.
“Saya pernah ditahan pihak berkuasa ketika melakukan kempen yang sama di Korea Selatan atas kesalahan mewarnakan tubuh badan dan berlegar-legar di kawasan awam.
“Tetapi itu semua merupakan dugaan sebagai aktivis dan tidak dinafikan cabaran melakukan kempen di Malaysia ialah cuacanya yang terlalu panas bagi saya,” katanya jujur.
Turut sama menyertai Ashley pada hari itu ialah dua sukarelawan lelaki, Malte Schwarzer dari Jerman dan Rezza yang merupakan anak tempatan Malaysia

Ni Ker yang sedang berlaku pada Mak ku?

Bebas sakit lutut selepas surgeri




NADARAJAH ARUMUGAM, 60, tidak pernah mengetahui apakah penyakit artritis walaupun dia sendiri menderita penyakit itu selama lima tahun. Dia menahan sakit yang dianggap biasa dan mengambil banyak ubat dan vitamin untuk mengurangkan kesakitan.
Namun, usahanya tidak mendatangkan hasil, malah sakit lutut yang dialaminya semakin teruk. Apabila bertemu doktor, barulah dia mengetahui penyakitnya itu, tetapi sudah terlambat kerana doktor memberitahu pertahanan badannya tidak lagi memberi tindak balas kepada ubat-ubatan yang diambil.
“Sebelum menjalani pembedahan, semua sendi saya berasa sakit dan paling teruk adalah lutut saya. Tetapi, saya takut untuk menjalani pembedahan kerana saya pernah mendengar mereka yang pernah melakukannya ada yang boleh berjalan dan ada yang lumpuh,” katanya.
Selepas dipertemukan dengan Dr. Amir Azlan Zain dari Pusat Perubatan Sunway, Nadarajah berasa lega kerana dia diberitahu wujudnya Yayasan Artritis Malaysia (AFM) yang menyediakan dana untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menjalani pembedahan penggantian sendi.
“Saya sedia maklum bahawa kerajaan boleh membantu, tetapi saya perlu mengeluarkan duit sendiri terlebih dahulu dan saya tidak mempunyai wang yang banyak untuk menjalani pembedahan.
“Akhirnya, saya menjalani pembedahan penggantian sendi untuk kedua-dua belah lutut saya dan kos pembedahan ditanggung sepenuhnya oleh AFM. Jika tidak, saya perlu mengeluarkan kos sebanyak RM18,000 untuk pembedahan di hospital kerajaan dan dua kali ganda jika di hospital swasta,” katanya.
Nadarajah memberitahu, selepas melakukan pembedahan, dia banyak berkongsi pengalamannya dengan rakan-rakan dan keluarganya dan menggalakkan mereka yang mempunyai sakit sendi untuk menyertai AFM.
“Bagi mereka yang berkemampuan, pasti tidak mempunyai masalah. Tetapi mereka yang tidak berkemampuan, masih ada harapan untuk kembali pulih dan menjalani hidup yang lebih baik,” katanya.
Kembali berjalan normal

NADARAJAH semakin pulih dan berjalan tanpa rasa sakit selepas menjalani pembedahan dan mengamalkan pengambilan makanan tambahan.


Nadarajah juga memberitahu, ketika menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), barulah dia tahu bukan sahaja orang tua, malah kanak-kanak turut menderita penyakit artritis.
“Saya tidak mempunyai sejarah penyakit artritis dalam keluarga saya, tetapi pak cik saya ada yang menderita artritis. Saya mendapat penyakit ini mungkin disebabkan saya aktif dalam sukan semasa muda dan pernah terlibat dalam kemalangan.
“Kemalangan itu berlaku ketika saya bekerja di trek lumba kuda di Batu Tiga, Shah Alam. Saya memandu kereta dan berlanggar dengan sebuah van menyebabkan lutut saya cedera tetapi, saya tidak membuat pemeriksaan yang sepatutnya,” katanya.
Nadarajah telah menjalani pembedahan lutut Oktober tahun lalu. Katanya, selepas menjalani pembedahan dia tidak lagi mengalami kesakitan malah, dapat membuat kerja rumah dan berjalan dengan normal. Dia juga mengawal dietnya.
“Sebelum ini saya banyak bergantung kepada ubat penahan sakit, tetapi ia hanya mengurangkan rasa sakit dan bukannya mengubati penyakit. Saya juga tidak dapat makan banyak makanan seperti makanan laut, ayam, bayam dan kekacang.
“Kini, saya mengambil makanan tambahan khas untuk pesakit artritis sejak enam bulan lalu dan kesakitan yang dialami beransur hilang,” katanya.
Tambahnya, sebelum mengambil makanan tambahan itu, sendinya sering berasa kebas apabila tidur atau duduk terlalu lama sehingga tidak dapat menggerakkan sendinya.
“Kini saya rasa sihat kembali. Saya dapat menggerakkan dan meregangkan sendi saya bila-bila masa sahaja,” katanya.
Seorang lagi pesakit yang telah menjalani pembedahan penggantian sendi lutut, Shantabai Moses, 65, memberitahu, dia mengalami sakit-sakit lutut selama lebih 10 tahun tetapi tidak menjalani pemeriksaan sewajarnya.
“Selepas bertemu doktor, barulah saya tahu penyakit artritis yang saya alami dan sekiranya dibiarkan akan menyebabkan kerosakan serius sehingga sukar diubati.
“Walaupun telah menjalani pembedahan dan menggunakan sendi palsu, cara berjalan tidak akan sama lagi jika dibandingkan dengan mereka yang mendapat rawatan awal,” katanya yang menjalani pembedahan di Hospital PPUM.

Artritis reumatoid menyebabkan tangan membengkak dan menjadi kemerah-merahan.


Justeru katanya, dia menasihati mereka yang mempunyai rasa tidak selesa dan sakit pada sendi-sendi serta otot yang berpanjangan untuk segera menjalani pemeriksaan.
“Saya akan memberitahu sesiapa sahaja yang saya temui untuk menjaga kesihatan dan menyuruh mereka menjalani rawatan sekiranya terdapat simptom-simptom artritis.
“Lebih baik sekiranya dirawat lebih awal kerana jika tidak pesakit itu sendiri yang akan menderita,” katanya.
Shantabai berkata, selepas tiga tahun menjalani rawatan, dia kini dapat berjalan semula tanpa rasa sakit.
“Saya bernasib baik kerana dapat menjalani hidup dengan selesa sekarang,” katanya.
AFM bantu pesakit miskin
Dalam pada itu, Pengerusi AFM, Dr. Amir Azlan Zain memberitahu, statistik terkini menunjukkan penyakit artritis menyerang sebanyak 0.5 peratus populasi rakyat Malaysia.
“Artritis paling mudah menyerang golongan yang terlalu aktif bersukan terutama mereka yang pernah mengalami kecederaan sendi dan otot seperti pemain bola sepak.
“Ia merupakan penyakit yang menjadi salah satu penyerang utama ke atas rakyat Malaysia. Mereka yang berlebihan berat badan, genetik dan berusia juga paling mudah mendapat penyakit ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Sunway baru-baru ini.
Katanya, sejak AFM ditubuhkan, sebanyak 60 pesakit artritis telah berjaya menjalani pembedahan dengan kos sebanyak 90 peratus ditanggung oleh yayasan berkenaan.
“Bagi sesetengah kes, pesakit artritis memerlukan pembedahan penggantian sendi untuk memulihkan fungsi sendi supaya dapat berfungsi dengan normal.
“Pada umumnya, anggota palsu yang digunakan dalam pembedahan berharga RM5,000 dan oleh kerana ramai pesakit tidak mampu membiayai pembedahan ini, keadaan mereka menjadi semakin teruk,” katanya.
Justeru kata Amir Azlan, AFM menyedari keperluan itu dan telah menubuhkan tabung untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dalam pembedahan gantian sendi.
“Mereka yang ingin memohon boleh berhubung dengan jabatan kebajikan masyarakat atau melayari laman web AFM iaitu www.afm.org.my di bawah tabung artritis,” katanya.
Tambahnya, mereka yang layak adalah warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,500 ke bawah.
“Pembedahan penggantian sendi akan dijalankan oleh pakar ortopedik yang berpengalaman di hospital kerajaan.
“Tabung artritis juga akan membuat pembayaran kepada syarikat pembekal anggota palsu secara langsung dan wang tidak akan sampai ke tangan pesakit,” katanya sambil memberitahu, AFM tidak memberi peruntukan untuk kos-kos pembedahan selainnya termasuk ubat-ubatan dan penginapan.
Memelihara tulang rawan

Perbezaan sendi lutut yang sihat (kiri) dan sendi yang sudah haus (kanan).


Sementara itu, pakar nutrisi Kordel, Neoh Guat Khim memberitahu, makanan tambahan yang mengandungi Glucosamine dan Chondroitin dapat membantu memperbaiki dan membina tulang rawan yang terjejas dengan bertindak seperti kusyen di hujung tulang.
“Makanan tambahan Glucosamine dan Chondroitin dapat meningkatkan fungsi sendi dan pergerakan, menyediakan sokongan nutrisi kepada sendi, ligamen dan pemeliharaan tulang rawan serta mengurangkan kesakitan sendi.
“Ini kerana, seiring pertambahan umur dan diet yang tidak sihat, proses pembaikan tulang rawan di dalam sendi menjadi perlahan sekali gus mendorong osteoartritis untuk menyerang apabila kita tua,” katanya.
Guat Khim memberitahu, artritis bukanlah satu keadaan penyakit sahaja kerana ia merangkumi lebih daripada 100 penyakit yang menyerang sendi. Ia hadir sama ada dalam bentuk artritis degeneratif (menyusut) atau rasa terbakar.
“Artritis degeneratif merupakan artritis yang disebabkan oleh koyakan pada sendi seperti osteoartritis, yang merupakan artritis yang paling banyak menyerang di seluruh dunia,” katanya.
Guat Khim memberitahu, Glucosamine dan Chondroitin juga boleh ditemui dalam makanan seharian kita, tetapi sukar menentukan jumlah kandungannya yang sesuai dan optimum untuk kesihatan sendi.
“Glucosamine boleh didapati di bahagian luar cengkerang seperti udang, udang kara, ketam dan udang krai tetapi ia hanya membekalkan glucosamine dalam jumlah yang kecil, manakala chondroitin pula boleh didapati terutama daripada sumber haiwan seperti tulang rawan lembu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, diet yang seimbang dapat membantu mereka yang aktif bersukan untuk memiliki sendi dan otot yang sihat.
Banyakkan makan makanan yang mengandungi antioksida dan buah-buahan seperti beri serta sayur-sayuran untuk mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sendi.
“Makanan yang kaya sulfur juga dapat membantu membina sendi yang sihat seperti kubis, asparagus, bawang putih dan bawang. Sulfur bagus untuk tulang, pembaikan tulang rawan dan tisu.
“Makanan yang mesti dikurangkan dan dihadkan ialah minuman ringan, alkohol dan kopi,” katanya.

selamat dah

alhamdulillah selamat dah perjalan kami pergi dan balik kerumah sepupu ada kenduri kahwin.... mujur adam & mia tak meragam sepanjang ada kat sana... cuma mama nyer ajer yang tak sihat sepanjang ada kat sana... terpaksa tlan UPAMOL 3 biji tu pun tak sihat gak.. semalam hari isnin terus gi klinik mintak MC s blh lah rehat jap kat rumah... 



gambar blum dapat upload lagi nanti bila ada masa baru upload :))

Friday, 10 June 2011

PERSONA TRADING: My First Contest




Soalan Yang perlu dijawab
a) Pernahkah anda dengar dan menggunakan produk Imtiyaaz?
            pernah dengar tapi tak pernah gunakan

b) Adakah anda menggunakan penapis air di rumah?
Jika ya, jenama apa?
            Tidak
c) Jika anda mengetahui tentang kebaikan penapis air untuk
keluarga anda dan kami pula menawarkan penapis air
dengan harga promosi, adakah anda berminat untuk membelinya?
            Insyallah
Rakan Yang Ditag

Wednesday, 8 June 2011

Alhamdulillah...


entry hari ni untuk kongsi pasal ksihatan anak-anak saya.. ingat tak hari tu ada entry harap anak2 mama sihat   
hah sekarang alhamdulillah diorang dah semakkin sihat... Damia dah tak sakit perut dah... Adam pun dah semakin pulih... dah tak der merah-merah kat punggung dia dan dah tak nampak merah merah kat seluruh badan dia kena gigit semua tu... alhamdulillah ubat mahal yang doktor tu kasi menjadi.. kira tak sia-sia lah belanja besar untuk beli ubat-ubat diorang tu...   :)))

sabtu ni...

sabtu ni aku ngan family nak gi Gombak... nak gi kenduri kahin sepupu kat sana... harap2 semua nyer bberjalan lancar... lama dah tak jalan jauh pas bersalin anak kedua ni.. harap2 anak-anak mama x meragam nanti yer.... 
masih x dapat dibayangkan cam ner kah perjalanan itu nnt dengan Adam yang tengah tak reti duk Diam... ngan Damia yang banyak ragam... mintak2 lah semua berjalan lancar... amin....

Tuesday, 7 June 2011

saya dah tua...

kenapa saya asyik tak larat ajer sekarang ni?? adakan sebab saya dah tua???


bangun pagi saya akan
siapkan beg baju anak-anak untuk hantar ke taska, 
sidai kain
siapkan kan diri untuk gi kerja
bila jam dah kul 8 saya angkat anak2 masuk dalam kereta sorang demi seorang
bila sampai taska angkat lagi anak sorang demi sorang masuk taska, sb biasa nyer pagi diorang masih tido yang kena angkat tu...
sampai opis wat kerja opis..
time rehat balik rumah, 
kemas rumah, sidai baju lau pagi tak sempat sidai, buang sampah 
gi kerja balik.. lau rasa nak makan baru gi makan jap atau tapau mkn kat opis
time balik 
ambil anak kat taska,
masak,
basuh kain - guna mesin basuh lah..
main ngan anak-anak
tgk tv sambil lipat kain
tdo kan Adam dulu
main ngan mia sebab mia ni jenis yang tdo lambat
bila mia dah tdo baru lah saya boleh tdo... bila dpt baring terus hilang zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
sedar sedar bila Adam mintak susu pastu zzzzzzzz
pastu adam nak susu lagi biasa 3 - 4 ali gak lah bangun nak kasi adam susu
tau tau ajer dengar azan subuh kat masjid... 
dan bangun lah untuk mengulang rutin harian yang sama...

ADAKAN SAYA TERLALU PENAT atau SAYA DAH TUA????


Monday, 6 June 2011

x larat

hari ni tah kenapa dari pagi sampai sekarang ni sakit kepala tak baik2.... pastu pulak aku ni leh pulak wat nescafe lagi lah bertambah sakit kepala... may be sebab semalam tak lena tdo kot sebab Adam asyik merengek ajer... mata pun tak larat nak bukak.. otak pun kosong ajer... 

harap2 pas balik then jumpa ngan anak2 nanti mama jadi bersemangat semula

Thursday, 2 June 2011

Harap-harap anak-anak mama sihat...

kan semalan dah ada entry pasal semua sakit yang adam N mia hadapi so oleh kerana dah tak tahan tengok diorang menderita mama pun bawak diorang gi klinik pakar kanak-kanak... then bila doktor cek satu per satu ini lah kesimpulah nyer :-
Adam - bdn gatal2 - alergi - sabun special untuk alergi
              punggung merah - lambat salin pampers- ubat krim sapu dan mesti kerap salin 
                                                                                        pampers

Mia  - sakit perut - banyak angin dan maybe berkaitan ngan masalah air x der baru2 ni.... - 
           ubat angin & ubat sakit perut

Dua-dua  - selsema & batuk - ubat selsema/batuuk/cair kahak/antibiotik...


So total untuk semua ubat-ubat ni RM175.00  

hahaha tetiba kuar muka kambing ni... senyum kambing ajer lah masa dengar total bill sebab memang dah jangka semua nyer akan lebih dari RM100...  tak per lah janji anak-anak mama sihat

Wednesday, 1 June 2011

damia kata :"mia sakit perut"

idea dari mama Rifqy :- sorry mama rifqy bila tengok U tanye pendapat bloger2 saya pun terfikir nak tanyer pendapat korang semua pasal masalah yang di hadapi oleh anak saya 'DAmia"

dah 5 hari dia nengadu sakit perut, sakit sealng dalam 15 minit sekali lah kadang 30 minat sekali lah... saya dah tak tau nak buat apa.... nak kata dia kembung perut dia kentut & buang air ok... nak kata dia tak makan pun tak betul gak sebab dia masih makan walaupun selalu mengadu sakit perut...

sapa2 yang pernah alami nasib yang sama boleh tak tolong sare apa yang harus saya buat....


*** ini ada bualn berpenyakit dalam keluarga saya... dah lama berapa hari tak dapat tido nyenyak.....

Mintak pendapat mama diluar sana......

 Anak saya adam baru 8 bulan dia langung x boleh kena gigit nyamuk, semut atau apa la  dia akan jadi mcm gambar kat atas tu... nak pening saya di buat nye... korang rasa ubat apa yan semua untuk dia....
 
pastu dulu dia suka sangat mandi tapi sejak dua menjak ni dia jadi takut nak mandi then bila saya perhatikan dia akan nagis bila air kena punggung dia.. dulu punggung dia mmg ada merah2 tapi dia tak lah sampai nangis bila kena air tap baru tengok merah tu dah semakin banyak... tolong lah apa ubat yang patut saya guna... ?? dah mcm dah saya try...

Buntu buntu.................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...