Gout dan Arthiritis - nota ringkas untuk ayah
Dalam entry kerunsingan di awal bulan, aku ada meluahkan kerisauan tentang kesihatan ayah yang makin merosot sejak akhir-akhir ni. Ada sorang doktor tu pernah cakap ayah kena gout tapi bukan tahap yang kritikal. Kesian tengok ayah, nak tidur pun tak boleh, nak berjalan pun dah tak larat. Badan dah makin susut.
Bila berubat cara tradisional, ada yang kata dah terkena buatan orang. Aku pun tak faham. Macam-macam peel manusia. Kalau tak mendengki memang tak senang hidup agaknya. Tapi aku takda la nak percaya bulat-bulat. Duit pun dah beribu habis, tapi tak baik-baik jugak.
Baru-baru ni aku tengok kat Penawar Syifa, ada sorang pakcik tu kena gout dan arthiritis. Bila tengok pada simptom dan keadaan kaki dan tangan pakcik tu, macam sama dengan keadaan ayah. So, aku buat research dan banyakkan pembacaan tentang arthiritis dan gout, dan aku buat satu nota untuk ayah aku baca, mungkin boleh diamalkan. Tak mustahil boleh beransur-ansur elok kan.
Peringatan - Panduan yang aku buat ni khas untuk ayah aku, gabungan gout dan arthiritis. Kalau ada yang alami simptom yang sama, boleh lah cuba. kalau tetap tak elok atau makin teruk, jumpa la doktor ye....aku bukan doktor...
Punca
· Kurang daya untuk menyokong berat badan. (berat badan berlebihan). Ini menyebabkan sendi tulang menjadi rapat dan menyebabkan geseran (punca sakit) – penyelesaian: kurangkan berat badan.
· Kandungan urid acid yang berlebihan di bahagian sendi tulang. Penyelesaian banyakkan minum @ makan limau lelam/limau nipis/oren. Elakkan limau gedang.
Tanda –tanda
· Sakit sendi – pergelangan tangan, kaki
· Sendi bengkak dan berlaku perubahan (jari dan lutut menjadi bengkok)
· Sendi kejang dan sakit apabila bergerak dan ditekan
· Otot betis menjadi kecut
Risiko
· Badan terlalu gemuk – kaki sudah tidak berupaya untuk menampung berat badan yang berlebihan.
· Keturunan
· Sendi terlebih guna –terlalu banyak melakukan kerja berat
Langkah-langkah yang boleh diambil
· Banyakkan pergerakan pada otot/sendi yang kurang bergerak. (alirkan perjalanan darah)- buat senaman ringan, tapi elakkan kerja berat.
· Kurangkan berat badan. Kegemukan menyebabkan badan tidak berupaya untuk keluarkan acid uric secara semulajadi.
· Jangan makan!
1. Organ dalaman – hati, paru, otak
2. Daging – daging kisar @ kiub daging @ apa-apa berunsur daging.
3. Makanan bercangkerang – kerang, ketam, udang.
4. Teh dan kopi jangan minum.
· Boleh makan, tapi kurangkan,
1. Apa-apa jenis kekacang.
2. Bunga kobis, cendawan.
3. Ayam daging.
4. Roti
· Banyakkan makan,
1. Susu / yogurt (syorkan nestle bliss)
2. Telur
3. Sayuran hijau berdaun kecuali bayam.
4. Soya
5. Epal hijau.
· Mandi air suam dan lap badan kering-kering sebelum pakai baju. (elakkan air sejuk@pek ais untuk legakan sakit.guna air suam).
· Jangan mencangkung terlalu lama. Pilih tandas duduk.
· Guna kasut yang bertapak lembut – untuk serap hentakan.
· Banyakkan dan kerap minum air kosong – untuk bantu buah pinggang membuang toksid.
· Jangan buat aktiviti yang beri tekanan pada sendi, jangan buat kerja-kerja berat.
Terapi
· Rehat kalau penat, jangan teruskan kerja.
· Selalu bertenang dan bersabar. Elakkan tekanan.
Amalkan
Untuk pesakit gout.
1. Surah Anbiyaa (surah 21) – ayat 51 -72
2. Surah Hud (surah 11) – ayat 46 – 53
3. Surah An-Nahli (surah 16) – ayat 81 – 89
4. Surah Qasas (surah 28) – ayat 61 – 75
Untuk sakit arthiritis – sendi tulang
1. Surah Al-Ahqaaf (surah 46) – ayat 21-28
2. Surah Adz-Dzariyat (surah 51) – ayat 31 – 60
3. Surah Yunus (surah 10) – ayat 82-95
4. Surah Qaff (surah 50) – ayat 16 – 45
salam.jom check result just a simple giveaway.result dh kuor dh...
ReplyDelete