Followers

Wednesday, 14 September 2011

Gambar Raya 2011

Cantik Kan Mia berposing... suka betul Mama bila Mia nak pakai baju ngan Tudung ni..... walaupun dia nampak rimas tapi dia pakai gak sebab nak nampak sama ngan Mama dan Papa dia.... Sayang anak mama ni...


yang ni gambar mia dengan sepupu dia Azri....

Ni gambar lepas Papa Mia balik dari sembahyang Raya... terus dia melekat kat Papa dia takut kena tinggal lagi

Sampai bergambar ngan Mama pun tak nak


Ni ajer lah satu-satu nye gambar yang ada muka Adam sebab masa orang tengah bergambar pagi raya dia tdo... almaklumlah bangun kul 5.30 pagi nak tolong Nenek dia buat persiapan raya tu yang bila orang dah siap lawa-lawa pakai baju baru dia lak bateri dah weak ... kena lah recharges dulu.... Gambar ni kat rumah Acu kat Chini....

Monday, 12 September 2011

Raya


Ni lah gambar raya tahun ni... tapi sayang lah Mia tak nak Pakai tudung dan dia tengah buat perangai masa gambar ni dia ambil....

Thursday, 8 September 2011

Pagi 1 Syawal


ni lah gambar pagi raya 2011... tengok Mia tu ngada-ngada sebab tadi Papa dia tinggal dia gi sembahyang raya, bila Papa dia balik ajer terus bermanja ngan Papa dia langsung x nak ngan Mama..... 

Adam lak tdo masa ni mana tak nyer kul 6.00 pagi dah bangun tu yang kul 9 pagi tido balik tu.... nanti lah baru upload gambar Adam pakai baju melayu....

Tuesday, 6 September 2011

Chini - Kuantan - Ijok - Sg Buloh - HKL - Kuantan (12 jam)

Caya tak dalam masa 12 jam semalam saya sekeluarga pergi semua tempat kan atas tu.......... sungguh penat tapi sebab kerja yang dah menambun-nambun terpaksa kuat kan diri untuk pergi kerja hari ni.....

Semalam gi Sg Buloh ada Pakcik Meninggal Dunia (Al Fatihah),  pastu gi rumah adik jap kat Ijok untuk berehat sebentar... Pastu gi HKL lak tengok Ayuni.... Cian Ayuni bila tengok dia cam tu rasa nak nangis pun ada yerlah dengan badan yang kecil penuh wayar berselirat kat badan,  mesti sakit cian dia...

Jadi marilah kita berdoa semoga Ayuni sentiasa kuat dan dapat melalui saat-saat getir ini... Aminnnn

Tak dapat nak letak gambar Ayuni sebab semalam pun cuma boleh tengok dari luar tingkap ajer... Dia dalam Wad ICU sekarang ni...

Friday, 26 August 2011

Hari Terakhir Kerja

hari ni hari terakhir kerja.... pastu cuti raya selama seminggu.... first time dapat cuti raya 1 minggu tu pun sebab taska AdaMia cuti seminggu kalau tak malas gak nak cuti lama-lama bukan boleh jalan-jalan sakan pun sebab Mr HB cuti 4 hari ajer dari selasa sampai jumaat... emmmmmmmmmmmmmm..........


Anyway nak wish SELAMAT HARI RAYA pada semua blogger dan MAAF HARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI... jumpa lagi lepas raya nanti..... tak tau lah sempat ke tak nak update sepanjang cuti nanti....

Thursday, 25 August 2011

4 hari lagi

Wah dah hilang terus mood nak kerja bila dengar Hotfm hari yang penuh ngan lagu-lagu raya......lagi 4 hari termasuk hari ni ajer lagi nak raya tapi mood RAYA sudah mari... MALAS nyr nak kerja..... esok (sabtu) pun kerja lagi... NAK BALIK KAMPUNGGGGGGGGG



Tuesday, 23 August 2011

Pesanan Imam Ghazali

 
PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...