Followers

Friday, 26 August 2011

Hari Terakhir Kerja

hari ni hari terakhir kerja.... pastu cuti raya selama seminggu.... first time dapat cuti raya 1 minggu tu pun sebab taska AdaMia cuti seminggu kalau tak malas gak nak cuti lama-lama bukan boleh jalan-jalan sakan pun sebab Mr HB cuti 4 hari ajer dari selasa sampai jumaat... emmmmmmmmmmmmmm..........


Anyway nak wish SELAMAT HARI RAYA pada semua blogger dan MAAF HARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI... jumpa lagi lepas raya nanti..... tak tau lah sempat ke tak nak update sepanjang cuti nanti....

Thursday, 25 August 2011

4 hari lagi

Wah dah hilang terus mood nak kerja bila dengar Hotfm hari yang penuh ngan lagu-lagu raya......lagi 4 hari termasuk hari ni ajer lagi nak raya tapi mood RAYA sudah mari... MALAS nyr nak kerja..... esok (sabtu) pun kerja lagi... NAK BALIK KAMPUNGGGGGGGGG



Tuesday, 23 August 2011

Pesanan Imam Ghazali

 
PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri



Thursday, 18 August 2011

Kasih Alia

Dendam yang membara telah mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak. Kasih Alia” di slot Akasia terbitan JS Pictures. Menampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland, drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly (Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie, Yatt, Erry Putra, Adey dan lain-lain.




****Suka citer ni, banyak pengajaran yang dipaparkan.....

Wednesday, 17 August 2011

Misi hari ini

hahaha bosan sggh hari ini nak buat kerja sgt-sgt malas so settle kan Misi mencari cerita-cerita Upin & Ipin untuk di upload dlm pendriver  so nanti mia nak tgk upin & ipin tak yah guna broadband dah....

ni salah satu episod kegemaran mia :-




Sunday, 14 August 2011

Lagu raya

pagi ni buka radio terus dengar lagu raya.... rasa cam semangat lak  nak beraya ni... tapi banyak persiapan yang blum siap lagi.... Cam ner ni????



***lagu kenangan masa kat UITM tahun 99 dulu

Friday, 12 August 2011

ADIF

Ala cian nyer anak sedara Mak Ngah ni terpaksa masuk hospital sebab berak-berak sampai lembik....

kena masuk air yer.... nanti lau ada masa Mak Ngah datang tengok yer

Thursday, 11 August 2011

Doakan Ayuni

Nurul Adibah Ayuni ni lah nama baby yang lahir 20.07.11 hari tu anak saudara saya mungkin ramai yang terlepas baca entry ni kot Tahniah kepada nurul fariza.... 

OK la tak nak citer banyak cuma nak mintak rakan-rakan blogger yang baca entry ni  doakan supaya Ayuni cepat dapat pulang kepangkuan Mama dan papa nye.... Ayuni ni sedang sakit di Hospital Kuala Lumpur  dan baru menjalani pembedahan pada 02.08.11  kerana paru-paru gagal mengepam Oksigen jadi beliau masih mengunakan Alat bantuan pernafasan.

Semoga dengan berkat Bulan Ramadan dan Doa rakan-rakan blog Ayuni akan cepat sembuh dan dapat berhari raya bersam-sama kami semua... Aminnnnn

***Kesian tengok baby-baby kecil begini terlantar sakit.... 

***Gambar ihsan dari Yahooo...



Wednesday, 10 August 2011

11.08.11

Hari ini Adam dah 11 bulan... lagi 1 bulan cukup lah Adam 1 tahun.... banyak perkembangan yang mama nampak pada Adam

1) Dah mula nak tumbuh gigi (walaupun baby lain lagi awal tumbuh gigi)
2) Dah menyusur Dinding (Agak cepat dari kakak Mia dia.... Kakak Mia dulu 1 tahun 1 bulan 
     baru nak menyusur... Harap-harap raya nnt Adam dah boleh berjalan baru lah cantik 
     pakai baju Melayu)
3) Dah pandai turun katil sendiri
4) Dah pandai nak bawak kereta(dalam kereta nak duduk kat tempat pemandu tak nak 
     duduk kat tempat penumpang)

sekejap ajer dah nak setahun kan.... 


Monday, 8 August 2011

9 hari pose

wah tak sangka dah 9 hari kita pose
dah pecah rekod dah tahun ni blum sekali pun gi bazar ramadan lagi....
tiap-tiap hari pun masak, tapi masak simple-simple ajer lah...
lau beli pun husband yang gi beli sendiri....


Friday, 5 August 2011

pening

pening sbb semalam tak blh tdo, Mia dan Adam meragam.... sungguh pening dan perlu kan tdo untuk referesh kan badan semula....

**betul betul perlukan rehat yang cukup

Ulser

Korang tau tak apa itu ulser? ... korang selalu tak kena ulser?


Tau tak apa yang anak panah tu tunjuk.....  tu lah ulser...seksa weh kena ulser ni masa bulan pose.... bibir rasa cam bengkak ajer... ini lah bahana KURANG MINUN AIR kot

Wednesday, 3 August 2011

Dugaan Pose hari ke 3

semlama masak ajer tak gi bl lauk konon nak tunjuk skill lah... tapi dan siap masak 1 jenis lauk ajer "Ayam Masak Merah" pastu Adam meragam lak.... langsung tak nak ngan Papa dia asyik nangis ajer... bese time cam tu dia tdo tapi semalam tak nak tdo lak... pening gak... 

tak pasal-pasal plan hancur makan nasi putih ngan Ayam Masak Merah ngan Ayam goreng ajer la... Air pun Papa yang buat sendiri "Terima Kasih Papa sebab memahami situasi"....

Bila dah azam si Adam lagi meragam, sempat minun air ajer dulu pas tido kan dia baru blh makan dan selesaikan semua kerja... Cian Papa berbuka sorang dah la lauk simple tak der sayur.. Sorry yer....




**untuk Papa thanks  sebab memahami situasi mama

Tuesday, 2 August 2011

berhabuk dah blog ni

Wah dah lama dah rasa nyer tak update blog ni.... bukan sibuk  buat persiapan pose tapi tak tau nape blog ni tak boleh nak bukak guna komputer kat opis... nak kata kena hacks bukak ngan laptop kat rumah boleh lak... tapi tau ajer lah lau dah balik rumah mmg tak sempat nak buka blog apa lagi nak update....





Apa-apa pun rasa nyer sempat lagi nak wish "SELAMAT BERPOSE PADA SEMUA BLOGGER dan UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA" ada ker yang baca blog ni... ADA ker???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...