Followers

Thursday, 19 May 2011

Rumah kualiti mampu milik dilancar Jun - PM


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melancarkan program rumah kualiti mampu milik berharga RM220,000 ke bawah bagi membolehkan lebih ramai golongan muda memiliki rumah pada Jun atau Julai ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, program di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) itu akan dilaksanakan secara kerjasama antara pihak awam dan swasta.
“Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan tapak pembinaan manakala pihak pemaju akan melaksanakan projek-projek ini berdasarkan industrial building system.
"Dan saya kata kalau boleh, (syarikat swasta) jangan ambil untung dari projek ini. Jadikan sebagai corporate social responsibility (CSR),” katanya ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas, di sini hari ini.
Program yang dihoskan juruhebah (DJ) Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran itu turut disiar secara langsung menerusi stesen televisyen 8TV.
Najib berkata, usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang. - Bernama

sumber dari  Kosmo 05.6.11


**kenapa semua bank yang aku pergi hari tu kata cuma blh wat loan 90% ajer???? skim ni cuma untuk kuala lumpur ajer ker?? atau untuk rumah baru ajer?? 

sapa sapa yang berkenaan boleh tolong bagi jawapan tak!!!!!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...