| PESANAN Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1: Orang tua Murid 2: Guru Murid 3: Teman Murid 4: Kaum kerabat Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1: Negeri Cina Murid 2: Bulan Murid 3: Matahari Murid 4: Bintang-bintang Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1: Gunung Murid 2: Matahari Murid 3: Bumi Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia? Murid 1: Baja Murid 2: Besi Murid 3: Gajah Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ? Murid 1: Kapas Murid 2: Angin Murid 3: Debu Murid 4: Daun-daun Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri |
ini lah luahan hati seorg ibu, isteri & pekerja yg sentiasa mahu menjaga kepentingan anak-anak, suami,keluarga & syarikat sehingga kekadang terlupa kepentingan diri sendiri...
Tuesday, 23 August 2011
Pesanan Imam Ghazali
Thursday, 18 August 2011
Kasih Alia
Dendam yang membara telah mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak. Kasih Alia” di slot Akasia terbitan JS Pictures. Menampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland, drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly (Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie, Yatt, Erry Putra, Adey dan lain-lain.
Wednesday, 17 August 2011
Misi hari ini
hahaha bosan sggh hari ini nak buat kerja sgt-sgt malas so settle kan Misi mencari cerita-cerita Upin & Ipin untuk di upload dlm pendriver so nanti mia nak tgk upin & ipin tak yah guna broadband dah....
ni salah satu episod kegemaran mia :-
Sunday, 14 August 2011
Lagu raya
pagi ni buka radio terus dengar lagu raya.... rasa cam semangat lak nak beraya ni... tapi banyak persiapan yang blum siap lagi.... Cam ner ni????
***lagu kenangan masa kat UITM tahun 99 dulu
Friday, 12 August 2011
ADIF
Ala cian nyer anak sedara Mak Ngah ni terpaksa masuk hospital sebab berak-berak sampai lembik....
kena masuk air yer.... nanti lau ada masa Mak Ngah datang tengok yer
kena masuk air yer.... nanti lau ada masa Mak Ngah datang tengok yer
Thursday, 11 August 2011
Doakan Ayuni
Nurul Adibah Ayuni ni lah nama baby yang lahir 20.07.11 hari tu anak saudara saya mungkin ramai yang terlepas baca entry ni kot Tahniah kepada nurul fariza....
OK la tak nak citer banyak cuma nak mintak rakan-rakan blogger yang baca entry ni doakan supaya Ayuni cepat dapat pulang kepangkuan Mama dan papa nye.... Ayuni ni sedang sakit di Hospital Kuala Lumpur dan baru menjalani pembedahan pada 02.08.11 kerana paru-paru gagal mengepam Oksigen jadi beliau masih mengunakan Alat bantuan pernafasan.
***Kesian tengok baby-baby kecil begini terlantar sakit....
***Gambar ihsan dari Yahooo...
Wednesday, 10 August 2011
11.08.11
Hari ini Adam dah 11 bulan... lagi 1 bulan cukup lah Adam 1 tahun.... banyak perkembangan yang mama nampak pada Adam
1) Dah mula nak tumbuh gigi (walaupun baby lain lagi awal tumbuh gigi)
2) Dah menyusur Dinding (Agak cepat dari kakak Mia dia.... Kakak Mia dulu 1 tahun 1 bulan
baru nak menyusur... Harap-harap raya nnt Adam dah boleh berjalan baru lah cantik
pakai baju Melayu)
3) Dah pandai turun katil sendiri
4) Dah pandai nak bawak kereta(dalam kereta nak duduk kat tempat pemandu tak nak
duduk kat tempat penumpang)
sekejap ajer dah nak setahun kan....
Subscribe to:
Posts (Atom)


