Followers

Monday, 21 November 2011

lama nya tak update blog ni

Hari ni anak semua tdo awal so blh lah nak update blog sambil tengok bola......

Dah 4 hari tak pergi kerja sebab kena jaga Adam Yang kena kuarantin  sbb Sakit Kaki Tangan Dan mulut.... tapi korang jangan risau eSOK dah boleh gi kerja sbb semua dah sihat..... Adat lah kan ada anak kecil antar lak kat taska memang mudah dapat mcm2 sakit.....


Adam dah pandai jalan dia start jalan sendiri masa raya haji hari tu.....

Mia dah boleh Harap dah nak mintak tolong apa2 sikit2 boleh dah

Sunday, 23 October 2011

Semoga Ayuni Semakin Sembuh

Alhamdulillah Ayuni dapan ditukar kan ker Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan sekarang ni..... Keadaan dia semakin baik dan terima kasih diucapkan pada rakan2 bloger yang mendoakan Ayuni......

Pada yang baru baca Entry ni dan tak ingat sila refer Doakan Ayuni..... 

cuti yang panjang

huh cuti yang panjang akhir nyer dapat gak nak update blog ni....

Adam, Mia semua dah tdo.....

Sekarang ni Mia dah semakin pandai dia dah tak pakai pampers dah... dah pandai nak gi bilik air sendiri ok lah jimat sikit budjet untuk beli pampers dia....

Adam lak dah berjalan setapak dua.... harap2 nanti bila dia dah setahun 2 bulan blh lah dia berjalan dengan sepenuh nye.....

Papa pulak sekarang tengah try cari kerja baru... harap2 dapat lah kerja yang lagi baik dari tempat sekarang ni.....


MAma pulak still macam ni... sibuk ngan anak dan keluarga.... serta kerja pejabat yang tak pernah abis tu....l emmmmmmm....

Wednesday, 28 September 2011

bersawang dah blog ni....

rasa lama giler dah tak updated blog ni.....rasa cam dah nak berhenti berblog ajer sebab susah sgt nak buka blog sekarang ni tapi sayang lah pulak nanti tak der tempat nak berkongsi cerita..... tah apa dah jadi ngan komputer kat opis tu sampai lngsung tak boleh nak buka blogspot.... tension betul lah

Wednesday, 14 September 2011

Gambar Raya 2011

Cantik Kan Mia berposing... suka betul Mama bila Mia nak pakai baju ngan Tudung ni..... walaupun dia nampak rimas tapi dia pakai gak sebab nak nampak sama ngan Mama dan Papa dia.... Sayang anak mama ni...


yang ni gambar mia dengan sepupu dia Azri....

Ni gambar lepas Papa Mia balik dari sembahyang Raya... terus dia melekat kat Papa dia takut kena tinggal lagi

Sampai bergambar ngan Mama pun tak nak


Ni ajer lah satu-satu nye gambar yang ada muka Adam sebab masa orang tengah bergambar pagi raya dia tdo... almaklumlah bangun kul 5.30 pagi nak tolong Nenek dia buat persiapan raya tu yang bila orang dah siap lawa-lawa pakai baju baru dia lak bateri dah weak ... kena lah recharges dulu.... Gambar ni kat rumah Acu kat Chini....

Monday, 12 September 2011

Raya


Ni lah gambar raya tahun ni... tapi sayang lah Mia tak nak Pakai tudung dan dia tengah buat perangai masa gambar ni dia ambil....

Thursday, 8 September 2011

Pagi 1 Syawal


ni lah gambar pagi raya 2011... tengok Mia tu ngada-ngada sebab tadi Papa dia tinggal dia gi sembahyang raya, bila Papa dia balik ajer terus bermanja ngan Papa dia langsung x nak ngan Mama..... 

Adam lak tdo masa ni mana tak nyer kul 6.00 pagi dah bangun tu yang kul 9 pagi tido balik tu.... nanti lah baru upload gambar Adam pakai baju melayu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...