Followers

Thursday, 11 December 2014

Dugaan 2014

Di hujung tahun 2014 sekali lagi di uji dengan ujian yg sangat berat..  Sangat tak sanggup nak menghadapi nya bila anak kecil yang baru berusia 1 tahun 2 bulan dan sedang sangat aktif mencapai kuali yang berisi minyak panas... Ya Allah luluh rasa hati bila mendengar dia menangis kesakitan....  

Tapi tetap gagahkan diri untuk merawat Rayyan yang dimasuk kan ke wad kebakaran selama 8 hari... tapi berkat kesabaran dan rawatan yang betul Rayyan akhirnya sudah pulih sepenuh nya sekarang...
Terima kasih kepada team unit 'burn' di hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan diatas layanan dan khidmat bakti mereka untuk menyembuhkan anak saya "Muhammad Annas Rayyan"


Tuesday, 23 September 2014

Mohamad Annas Rayyan


Lagi 2 minggu Rayyan ni nak 1 tahun, tapi dia dah berjalan wah sungguh tak sangka lah abang ngan kakak dia dah 1 tahun lebih baru boleh berjalan... dia ni sangat aktif sekarang menawaf rumah dan sangat susah nak duk diam.  (^_^)

Sunday, 14 September 2014

cuti sekolah

Cuti sekaloh datang lagi....Wah mia xcited hr ni sbb dapat blk umah tok mok dia.... siap mintak nak tggl cna sbb cuti sekolah dah mula... tapi mcm biasa papa tak benarkan la sbb dia nak anak2 selalu ada depan mata dia.... sayang anak katanye....

Adam macam biasa lah ttp nak ikut mama ngan papa balik walaupun dia nmpk belum puas main lagi

Rayyan dah mula belajar menapak lebih jauh mungkin sbb tgk abang ngan kakak dia seronok berlari kesana sini dia pun jadi semangat nak berjalan

Sunday, 7 September 2014

besday

Apa makna besday pada anda?

Thursday, 4 September 2014

tugasan sebagai surirumah

Dulu masa mula-mula ambik keputusan nak berhenti keeja ingat nak try wat part time menjahit manik ke langsir ker tapi rupa2 nye bila dah duk rumah ngan 3 orang anak ni agak kelam kabut sikit.... belum ada masa nak berpart time....

Macam mana yer nak bahagikan masa??????
Pada

kerenah anak-anak





Maaf gambar ni senget tak reti nak adjust bagi tegak.... (^-^)

Ni lah xtiviti harian saya pas jadi surirumah sepenuh masa ni... melayan anak anak kesayangan ni lah

family kami




Sekarang dah berlima... tangung jawab makin besar... semangat hidup perlu semakin di kuatkan almaklumlah sekarang ni dah duk rumah sepenuh masa jaga anak-ANAK YANG DAH SEMAKIN MEMBESAR, kadang rasa macam sekejap ajer tup tup dah nak masuk sekolah darjah 1 anak yang sulong...

Alhamdulillah anak yang ke 3 pun dah nak masuk setahun bulan depan ini baru berkesempatan nak update dan inform pasal dia kat dalam blog.....


Tapi yang memeningkan kepala sekarang ni ialah-------- > badan pun makin besar cam ner nak kurus balik ni yer  (*-*)

Monday, 29 April 2013

:)

Sedang  belajar untuk berfikiran Positif dan belajar untuk melapangkan dada walau apa pun ujian yang mendatang..... hilangkan strees dan kerisauan yang sentiasa melanda hati ini.....

Mulakan dengan   ------------------------------------------|
                                                                                              |
                                                                                              |
                                                                                             \/

Photo: Assalamualaikum w.b.t.

Ayuh mulakan hari ini dengan basmallah dan kata-kata inspirasi ini.

SELERA MAKAN BERKURANGAN

Ingatkan dah masuk 4 bulan Preggy ni selera makan akan back to normal tapi kesian selera makan masih tak mari-mari lagi.......

mangsa pada keadaan ni En HB ngan anak-anak lah
cian diorang mama  masak apa yang mama teringin makan tapi last nye diorang yang kena abis kan.....

:)))   sorry En HB dan Adamia...


Thursday, 18 April 2013

kesan Fibroid ketika hamil

 semalam pergi klinik untuk scan baby dan untuk confirmkan tarikh bersalin.....  tup tup pas scan doktor kata ada FIBROID dlm rahim ... sgt risau sampai lah terjumpa artikal ni...... 

Kesan fibroid terhadap kehamilan

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.
Bagi wanita, mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merunsingkan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun.
Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.
Kehamilan dan fibroid
Fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Maka tidak hairanlah fibroid ditemui dalam kalangan wanita hamil. Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil. Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Akan tetapi, kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.
Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 peratus wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid semasa hamil.
Sebanyak 30 peratus wanita pula menghadapi pembesaran fibroid, dan fibroid ini didapati membesar dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.
Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan kebanyakan wanita yang menghidap fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, kaum wanita tidak perlu gusar kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.
Pasti ramai di kalangan wanita hamil akan tertanya-tanya adakah fibroid akan menyebabkan kehamilan mereka menghadapi masalah.
Wanita hamil yang menghidap fibroid memerlukan pengawasan berkala. Perkara ini penting untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik. Ia juga untuk membantu ibu supaya tidak mengalami keguguran dan kesakitan semasa hamil serta menghindari kelahiran bayi pramatang. Ibu juga berpeluang mempunyai cara terbaik bagi kelahiran bayinya dan tidak mengalami perdarahan yang teruk selepas kelahiran bayi.
Apabila wanita hamil dan menghidap fibroid, beberapa masalah mungkin berlaku. Antaranya termasuklah kehamilan itu berisiko untuk mengalami keguguran, meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang, pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi.
Keguguran
Hal ini berlaku disebabkan oleh kesan fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Apabila pembesaran berlaku, fibroid ini akan menyebabkan lapisan rahim, iaitu bahagian bagi penempelan janin menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut. Selain itu, fibroid juga akan menyebabkan inflamasi di lapisan penempelan dan mengakibatkan janin tidak dapat menempel dengan baik dan hal ini akan menyebabkan keguguran.
Kelahiran pramatang
Keadaan ini berlaku kerana fibroid yang makin membesar semasa janin dalam kandungan membesar akan menyebabkan rahim membesar pada masa yang sama. Keadaan ini lebih kerap berlaku bagi fibroid yang berada di bahagian bawah rahim yang pada masa yang sama boleh menekan kepala bayi yang belum matang. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita tersebut mengalami kontraksi (kesakitan bersalin) lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya.
Pembesaran fibroid
Ketika hamil, kebanyakan hormon akan dihasilkan oleh uri (plasenta) dan kebiasaannya menyebabkan peningkatan aras hormon estrogen. Peningkatan aras hormon estrogen yang tinggi akan menyebabkan pembesaran fibroid yang mungkin secara mendadak.
Jika pembesaran fibroid berlaku terlalu cepat, salur darah yang membekalkan nutrien kepada fibroid mungkin tidak boleh membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu fibroid.
Jadi, sebahagian fibroid yang tidak mendapat bekalan darah akan mengalami degenerasi atau dikenal sebagai 'degenerasi merah' (red degeneration).
Proses degenerasi ini akan menyebabkan wanita yang sedang hamil mengalami kesakitan. Biasanya, kesakitan ini akan hilang dalam jangka masa yang pendek tanpa rawatan dan tidak akan mendatangkan masalah kepada kandungan.
Bagi wanita yang tidak dapat menahan kesakitan, mereka boleh diberikan ubat penahan sakit jika perlu.
Kelahiran yang tidak normal
Kelahiran normal terganggu jika fibroid berada pada bahagian bawah rahim. Bentuk rahim juga mungkin akan berubah disebabkan kewujudan fibroid. Hal ini akan meningkatkan risiko kedudukan bayi tidak normal seperti melintang atau songsang.
Bayi yang berada dalam keadaan melintang atau songsang terpaksa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean. Wanita yang mempunyai masalah sebegini akan diberikan tarikh tertentu bagi pembedahan Caesarean secara terancang.
Pendarahan yang banyak selepas melahirkan bayi
Rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Keadaan ini merupakan salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pakar perbidanan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.
Rawatan fibroid ketika hamil
Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Ubat penahan sakit selalunya diberikan dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, sebarang pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.
Perdarahan yang banyak ini mungkin agak sukar dikawal. Keadaan ini berlaku kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar di bahagian rahim ketika hamil berbanding sewaktu tidak hamil.
Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas ibu melahirkan anaknya, sekiranya fibroid tersebut berbahaya jika tidak dibuang. Oleh itu, lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.

Wednesday, 10 April 2013

sudah bulan April

hahahaha.....sudah bulan April 2013 sudah 4 bulan masuk tahun 2013 baru ni berkesempatan nak update blog yang dah berkarat berkulat dek kerana lama tak di bersihkan @ diupdatekan......

Jadual untuk tahun banyak sangat berubah.... almaklumlah Damia dah masuk Tabika kemas jadi jadual bertambah untuk ambil dan hantar Damia kesekolah.....



Adam masih kat taska yang sama...  Dah pandai bercakap mulut tak berhenti nak tanya sampai kadang Mama tak paham apa yang dia tanyer kan..... ni lah Adam (yang ada rambut cikit ajer tu) ngan Abang kesayangan dia kat taska Kimi


dan nanti Adam ngan Damia akan ada Adik yang baru insyallah dalam bulan 10 nanti kot......  so tu saja update untuk entry yang ni... insyallah akan selalu cuba untuk update blog ni dari masa ke semasa dan semoga dah tak berkarat ngan berkulat lagi..... hahahahahha

Wednesday, 26 September 2012

Julia - Nabila Huda

Sinopsis Drama Julia Tv3

 **** Sedang angau nak tengok citer ni camner nak download yek 



Sinopsis Drama Julia Tv3-Drama terbaru bertajuk Julia ini menggantikan Drama Kau yang Terindah, yang mana ianya akan mula ditayangkan pada 24 September 2012, Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3. (Sinopsis selanjutnya akan diupdate kemudian)

Amir (lakonan Fizo Omar ) seorang yang agak nakal di sekolah, Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan guru-gurunya.

Amir juga ada hati dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia dengan selamba menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir.

Sementara itu hubungan Amir dan Julia (lakonan Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya di sekolah.

Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda ditayangkan utk Slot Akasia di TV3. Menjalani pengambaran di KL dan juga Korea. Antara pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah Iqram Dinzly, Fauziah Ghaous dan ramai lagi.

Friday, 14 September 2012

Keganasan dalam rumahtangga

mungkin topic utk kali ni agak berat sikit... tapi tu la yang terjadi pada salah seorang kenalan yang agak dekat dengan saya...

Saya sampai tak tau nak kata apa bila benda ni terjadi pada Sabtu (08.09.12) yang lepas.... 

tak tau siapa yang bersalah dan tak tahu nak 'side' sebelah mana..... Mungkin sebab masih tak percaya apa yang terjadi kot...

 Entah lah berat sungguh rasa hal ni apa lagi bila kedua-dua belah pihak mahu saya/kami (suami isteri) yang menjadi pendamai.... 

***mungkin pembaca yang ada terbaca entry ni boleh komen sedikit.........   (^-^)

Thursday, 2 August 2012

Manik Tudung Raya

tudung raya





manik baju raya






Cantik tak.. ni lah hasil memanik untuk raya ni.......




Wednesday, 25 July 2012

Baby again??

oo no... saya pening sangat ni my hubby request nak baby lagi...... wah rasa nyer saya blum tdo lena lagi lepas dapat baby kedua yang sekarang ni berumur 1 thn 10 bln.... dia pun masih menyusu badan lagi.....

cam ner nak buat ni???  pening pening pening

Thursday, 12 July 2012

Ayuni


Alhamdulillah lama dah nak upload gambar ni.. ini lah Ayuni yang lahir 20.07.2011 dah nak setahun dah Ayuni ni.....   sekarang ni dah pandai main dan gelak2 ngan orang....

 lau korang ingat ni lah Anak sedara yang sakit tak boleh bernafas sendiri tu.... lau tak silap 4 ke 5 bulan gak kot duk kat hospital pas lahir baru leh kuar hospital.....

sekarang ni cuma kena sentiasa follow up ngan doktor pasal jantung dia sahaja... harap2 lepas ni dah tak ada apa kan berlaku pada Budak comel ni.... :)

lau dah lupa refer entry yang ni  Doakan Ayuni

Tuesday, 10 July 2012

Damia

Dah 2 hari Damia bangun awal... Nampak dia sangat bersemangat nak gi Taska... :)

Smlm mama MC suh dia gi Taska ngan Papa pastu dia kata "okay lah Mia gi ngan Papa tapi mama rehat tau kat rumah" rasa cam nak nangis ajer dengar dia kata cam tu sebab sebelum ni lau tau ajer mama Cuti ker Mc ke mesti dia pun tak nak gi taska... Damia Damia..... Mama sayang awak tau



Thursday, 5 July 2012

Xtiviti bila Free

malam bila PAPA balik kerja awal dia mesti bawak kami gi memancing.....



 orang yang paling seronok mesti lah Mia ngan Adam sebab boleh main kat luar lau tak asyik terkurung ajer dalam rumah.....




Papa ni lau mancing kat benteng bukan nak dapat ikan pun cuma sekadar nak bawak anak jalan-jalan ajer.... alasan mancing tu syarat ajer.... hihihihihihihi  "TQ Papa"

Wednesday, 4 July 2012

Baju mia

 Ni saya manik kan pada baju Damia...... kemain suka lagi dia tgk baju2 dia ada bunga & rama-rama



Yang pokaldot ni ada tambahan sikit pada design dia tapi lupa nak tangkap gambar... nanti bila dah tangkap saya upload lah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...