hari ni nasib tak berapa baik lah.... pagi tadi masa kemas baju nak masuk dalam beg Mia punyer la bau hancing, rupa nyer semlm pekerja kat taska campur baju yang elok ngan yang tak elok kat dalam beg Mia dah tu salah satu dari baju tu baju yang kena kencing sebab semalam kat Taska mia terkecing diorang campur dalam beg gak langsung tak asing kan atau bubuh kat plastik lain...
ini lah luahan hati seorg ibu, isteri & pekerja yg sentiasa mahu menjaga kepentingan anak-anak, suami,keluarga & syarikat sehingga kekadang terlupa kepentingan diri sendiri...
Wednesday, 30 November 2011
malas punyer pasal
Monday, 28 November 2011
Have A Nice Day
Semalam seronok seronok kat opis ngan anak-anak hari ni kena lah mengemas opis mana tak nyer semalam ada tukang sepahkan.... rasa sunyi lak kat opis sorang-sorang ni......
Dah hujung bulan ni banyak lah kena buat kerja nak tutup akaun dah, nak kena buat report kang lambat lak dapat gaji... hihihihih So cayok cayok....
Sunday, 27 November 2011
Kerja di Awal muharam
Hari ni kena kerja walaupun orang lain cuti tapi aku kena kerja.... sungguh tak best.... Taska pun tak buka hari ni so kena lah bawak anak gi keja... sungguh haru biru opis di buat nyer sorang satu pegang pembaris jalan kehulu ke hilir... mengemas opis lah, apalah.... langsung tak reti duk diam.... pening kepala mama.....
Nasib baik pagi tadi papa yang jaga kat rumah kalau bawak dari pagi lagi haru biru nyer....
Wednesday, 23 November 2011
Ayuni
Ayuni dah beransur sembuh... terima kasih kepada semua yang sentiasa berdoa...Sekarang ni dia dah pun dipindah kan semula ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuatan... Diharap kesihat Ayuni akan bertambah baik dari masa ke semasa
Tuesday, 22 November 2011
Hujan
Hujan sungguh lebat pagi ni..... Semalam lepas ambil Mia ngan Adam kat Taska balik rumah mak mertua kat Pekan... risau ajer tengok air laut yang bergelora dan pasang besar tu.... takut banjir akan melanda tak lama lagi... tapi harap2 nya tak lah.....
Monday, 21 November 2011
Kembali Mula berkerja
Setelah 4 hari cuti sbab jaga Adam yang sakit akhir nya saya mula berkerja semula hari ni... Selasa (22.11.11)
Adam Sakit Apa ??? Adam sakit ni Penyakit Tangan Kaki dan Mulut
Cian dia sebab baru ajer pandai berjalan sendiri tetiba dapat sakit ni... mujur tak serius sangat sebab cepat bawak gi Klinik dan dijaga ngan rapi oleh Mama nyer... hihihihihihihi
Sekarang confirm lah dah sihat sebab dah boleh hantar pergi Taska semula....
Penyakit Tangan Kaki dan Mulut
Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
- Demam yang ringan
- Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
- Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
- Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
- Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
- Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
- Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
- Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
- Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
- Jangan berkongsi barang-barang peribadi
- Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
- Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
- Letih/lesu
- Kulit dan lidah yang kering
- Resah gelisah (irritable)
- Sawan
- hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
- Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
- Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
- Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
- *** Info dari ---> http://www.infosihat.gov.my
Berblog lah balik
hahahha suka suka sebab dapat dah berblog semula.... hari tu tak tau kenapa blog ni langsung tak boleh buka dari komputer office......kalau nak harap update blog guna laptop kat rumah tak sempat langsung asyik cbuk ngan Mia dan Adam... hari ni baru boleh buka semla blog dar opis..... so sekarang ada lah tempat nak bercerita..... :))
lama nya tak update blog ni
Hari ni anak semua tdo awal so blh lah nak update blog sambil tengok bola......
Dah 4 hari tak pergi kerja sebab kena jaga Adam Yang kena kuarantin sbb Sakit Kaki Tangan Dan mulut.... tapi korang jangan risau eSOK dah boleh gi kerja sbb semua dah sihat..... Adat lah kan ada anak kecil antar lak kat taska memang mudah dapat mcm2 sakit.....
Adam dah pandai jalan dia start jalan sendiri masa raya haji hari tu.....
Mia dah boleh Harap dah nak mintak tolong apa2 sikit2 boleh dah
Dah 4 hari tak pergi kerja sebab kena jaga Adam Yang kena kuarantin sbb Sakit Kaki Tangan Dan mulut.... tapi korang jangan risau eSOK dah boleh gi kerja sbb semua dah sihat..... Adat lah kan ada anak kecil antar lak kat taska memang mudah dapat mcm2 sakit.....
Adam dah pandai jalan dia start jalan sendiri masa raya haji hari tu.....
Mia dah boleh Harap dah nak mintak tolong apa2 sikit2 boleh dah
Subscribe to:
Posts (Atom)