Followers

Wednesday, 27 April 2011

kerja

akhir nyer hari ni baru boleh wat kerja ngan aman... 
mia dah gi taska tu pun setelah puas dipujuk... 
dia tgk papa dia x kerja dia pun x nak gi taska so papa ngan mia duk melepak kat opis mama  dr pagi smpi ptg... dari hari sabtu smpi selasa...

hujung bulan dah ni banyak yang perlu di settle kan lau tak gaji masuk lambat lak nanti.. khikihkhihui

KERJA KERJA KERJA

Tuesday, 26 April 2011

Demam Campak

Demam Campak

Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.


Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

 
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot


Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.

Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?


Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.
Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.

Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.
Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.

Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi.

Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Tonsil

** setelah search kat yahoo dapat lah sedikit info pasal Tonsil yg sedang dihidapi oleh my HB... thanks to this web site http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/TONSILITISkanak.php


Tonsilitis

Apa itu tonsil ?
 
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. 

Apa itu radangan tonsil ? 
 
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria. 

Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
 
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat
Dia akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak
Kelenjar tekak akan kelihatan
  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema
Acute tonsilitis
Acute tonsillitis
Bagaimana rawatan radang tonsil ?
 
Perawatan yang dapat membantu adalah
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
 
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
  • Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
  • Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
  • Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Termasuk :
  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.  
  •  
  • **** serius gak lah kira nyer penyakit tonsil ni..... kena bincang ngan suami ni suruh operated

Monday, 25 April 2011

Dugaan dugaan...

risau nyer lah.. My HB lak kena 'chickenpop' risau lak pasni kena kat baby Adam... mintak mintak lah dijauh kan penyakit tu dari ADAM.... 


cian kat My HB dah lah kena 'chickenpop'  tekak lak bengkak sbb tongsel 'x boleh nak telan makanan' ... doktor dah nasihat kan suruh operated tapi tah lah.. tgk keadaan dulu lah..... 







** mungkin ini lah dugaan untuk kami sekuarga

semalam.... 25.04.11

semalam gi timbang mia ngan adam tapi berat diorang naik sikit ajer... 
HAMPA SUNGGUH......
padahal hari-hari mama masak bubur nak kasi adam makan... 
masak nasi lauk mcm nak suruh mia makan... 
diorang dua orang ni mmg kuat makan tapi tah lah x tau napa berat naik sikit-sikit ajer... 
jenuh kena marah ngan nurse tu...

sapa yang ada tips cam ner nak kasi anak-anak berisi @ berat boleh tak kongsi ngan saya????

Thursday, 21 April 2011

UPIN & IPIN.........

Bangun pagi, gosok gigi
Cuci muka, main lagi

 balik ajer dari taska mia ngan Adam mesti kena pasang CD upin & Ipin mesti pasang siri yang ada lagu kat atas tu baru diorang nak duk diam then mama blh masak........ kerenah anak-anak mama yang sgt pandai

thanks pada geng upin & ipin yang berjaya menawan hati anak-anak saya....... tahniah untuk korang kerana berjaya buat kartun yang menjadi kegilaan kanak-kanak

Wednesday, 20 April 2011

ISU Serius - RADIASI NUKLEAR

hari tu jalan2 kat shopping mall ada orang datang bagi kertas ni, baca pastu buat tak tau ajer la:-


SIAPA BOLEH JAMIN? SIAPA BOLEH JAMIN?

1) Tapak penyimpanan sisa radioaktif tidak akan bocor? 
2) Air yang telah digunakan olh kilang, setelah dirawat akan sentiasa 100%mencapai piawaian yang ditetapkan?
3) Kelalaian manusia "human error" tidak akan belaku di sepanjang pemperosesan?
4) Bencana alam seperti banjir tidak akan berlaku?
5) ETC


mula2 tak paham apa yang dimaksud kan then bl masuk opis salesgurl tu cerita la yang kat kuantan akan ada logi nuklear? BTUl ker? BTUL ker? wah ni serius ni...

** hanya sesuatu yang belum pasti... tggu sj apa yang akan berlaku.....

mia oh mia.....

mia ni ada 1 tabiat yang tak tau dari mana dia dapat... dia suka main "Handbeg mama dia"

semlm ada satu barang penting mama yang hilang abis 1 rumah mama geledah cari barang tu tau... nak nangis rasa nyer.... tup tup pagi ni papa jumpa kat dalam laci... then papa kata "mia nak adik lagi lah tu sbb tu dia sorok ubat mama ni"... 


 wah sedap nyer cakap ingat mama mesin ke? cakap dalam hati ajer lah

 ni gambar mia sebelum terkena demam campak

Tuesday, 19 April 2011

penat nyerr..........


penat nyer hari ni.... tadi ada barang samapi penuh satu lori.... stor pun dah serabut & padat.... tak sabar nak kuar rehat ni... nak tgk dunia luar nak tenangkan badan & otak yang penat.... nak gi window shopping ajer, nak g shopping x cukup lawan nyer 'duit la'...

Monday, 18 April 2011

bosan...........

nape bila duduk kat opis ajer mesti rasa nak balik main ngan anak2...
tapi bila duduk rumah ngan anak2 rasa cam nak pergi kerja... aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagghhhhhhhhhhh bosan....



best nya kalau dapat terbang bebas macam layang-layang ni....

senyum.. senyum...

x perlu kata apa2
senyum senyum...

tu ajer yang ingat nyer... lagu kegemaran semasa bercuti untuk suruh mia & adam senyum kerana senyuman mereka tu lah yg jadi penawar hati mama   :))

Sunday, 17 April 2011

mia dah tak comel........

wah semua yg di plan rosak, gara2 mia diserang dmm campak 'cian anak mama'.. tak per mama sanggup x gi kerja 'n' lupa kan semua nyer sbb nak jg anak mama yg sakit ni...cian tgk mia dmm biasa dia lincah ajer x reti duk diam tapi 5 hr tu dia diam ajer asyik nangis...

tapi x dpt nak tangkap gambar tuk diletak kat sini dia x nak... sepanjang dmm dia langsung x nak bergambar, dia kata 'mia x comel dah' seday jer dgr dia kata gitu... 'tak per sayang mama tetap sayang anak mama walau mcm mn keadaan pun'  pas cakap gitu baru dia senyap :))

Thursday, 7 April 2011

esok...

esok mesti pergi... tgguuuuuuuu

Wednesday, 6 April 2011

oooppppssss... sorry...

tdi lupa nak introduce diri..  saya norita tapi panggil saya ita jer... saya ni byk nak kongsi cerita ngan semua tapi tak tau nak wat cam ner... hr ni terdetik nak buka blog sendiri...  tak tau lah ader org nak kongsi baca ker tak...
may be sbb sy ni kerja sorg kat opis so x der member nak kongsi cerita.. kat rumah lak x smpt nak bercerita ngan HB sbb bl blk rumah sibuk ngan anak2 smpi lupa apa nak sembang ngan HB...


alhamdulillah dah 3 tahun lbh sy kahwin..

kosong.................!

entah kenapa hari rasa kosong ajer otak ni..... may be sbb tak cukup tdo kot.... mujur tak langgar kerata org tadi... langsung x perasan dia nak kuar parkeing... smpi sekarang still rasa berdebar.... takut nak kuar mkn... takut nak driver kereta....


tak per tak per
sabar saber
tenang kan diri...
kena relex bab blk nnt still kena drive gak... nak ambil anak2 kat taska....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...